Apakah perkakas teknikal yang saya perlukan untuk berdagang? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Apakah perkakas teknikal yang saya perlukan untuk berdagang?



Apa yang anda perlukan untuk dagangkan matawang adalah akses internet. Plaform perdagangan untuk FX dipanggil MetaTrader 4 dan 5 (MT4 dan MT5). Anda boleh memuat turun ia dengan mudah di sini. FBS menawarkan perisian ini untuk pelbagai sistem operasi, termasuklah untuk peranti mudah alih. Anda juga boleh menonton video panduan pendek tentang cara-cara memuat turun dan log masuk ke MetaTrader.

Platform perdagangan adalah ruang kerja untuk seorang pedagang. Anda akan menggunakannya untuk melihat dan menganalisa carta-cara instrumen kewangan dan melakukan dagangan anda. Di bawah anda boleh lihat contoh tetingkap terminal.



MT4 vs. MT5

Salah satu dari soalan yang lazim ditanyakan adalah yang mana yang harus dipilih – MetaTrader 4 atau MetaTrader 5?

Salah satu tanggapan salah yang lazim adalah kononnya MT5 itu adalah satu upgrade bagi MT4. Ini tidak benar. MT4 dibina untuk perdagangan Forex dan turut mengandungi CFD, manakala MT5 turut memberikan para pedagang akses kepada saham. Dalam masa yang sama, bolehlah dikatakan bahawa MetaTrader 5 menawarkan lebih banyak fitur. Mari kita buat perbandingan.

Rangka masa
MT5 menawarkan lebih banyak rangka masa. Sebagai contoh, ada 11 jenis carta minit dan 7 rangka masa jam. Secara keseluruhannya ada 9 rangka masa di MT4 berbanding 21 rangka masa di MT5. Jika anda gemar menganalisa dan berdagang di beberapa rangka masa, pertimbangkan MT5.

Pesanan tertangguh (pending orders)
MT4 mempunyai 4 jenis pesanan tertangguh: Buy Limit, Buy Stop, Sell Limit dan Sell Stop. MT5 pula mempunyai tambahan 2 lagi jenis pesanan: Buy Stop-Limit and Sell Stop-Limit.

Analisis teknikal
MetaTrader 4 ada 30 indikator terbina dalam (built-in), lebih 2,000 indikator custom percuma dan 700 yang berbayar, di samping 24 objek analitikal. MT5 menawarkan 38 indikator teknikal dan 44 objek grafik yang tersedia untuk analisis pasaran yang komprehensif. Anda juga boleh boleh memuat turun indikator tambahan. Secara keseluruhannya, kedua-dua program mempunyai kepelbagaian perkakas analitikal yang luas.

Kalendar ekonomi
Tidak seperti MT4, MT5 mempunyai kalendar ekonomi terbina dalam. Untuk mengaksesnya, klik   View   dan pilih   Toolbox  .

Hedging, ie. keupayaan untuk membuka beberapa posisi (beli dan jual) pada masa yang sama untuk simbol yang sama, dibolehkan di kedua-dua terminal. Kedua-dua versi program ini membolehkan para pedagang menggunakan automasi, ie. untuk membina, menguji dan mengaplikasikan Expert Advisors (robot perdagangan) dan indikator-indikator teknikal.

Sebagai kesimpulan, MetaTrader 4 lebih mudah digunakan dan pilihan terbaik untuk orang yang baru bermula yang mahu fokus kepada pasaran Forex. Ia telah menjadi standard industri dan ramai pedagang sukakan antaramukanya. MetaTrader 5 mungkin pilihan terbaik untuk mereka yang memerlukan analisis mendalam dan pilihan instrumen perdagangan yang lebih luas.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini