Ringgit mengukuh pada pembukaan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh pada pembukaan



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memandangkan pelabur mengimbangi kedudukan masing-masing daripada memegang dolar AS menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell di Jackson Hole hari ini.

Pada 9.17 pagi, ringgit mengukuh pada 4.1850/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1880/1910 penutup Khamis.

Mesyuarat Jackson Hole adalah simposium tahunan bank-bank pusat dari seluruh dunia, yang diadakan di kawasan pergunungan Jackson Hole, Wyoming.

Rakan Pengurusan VM Markets Pte Ltd, Stephen Innes, berkata harapan adalah tinggi dalam ucapan Powell di Jackson Hole yang nanti-nantikan itu, selepas satu bulan yang tiada kepastian buat pelabur di tengah-tengah retorik kemelesetan dan perang perdagangan yang semakin memuncak.

Peniaga katanya, akan terus memberi tumpuan kepada keputusan bercanggah dalam Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).

Katanya, minit FOMC tidak banyak mempengaruhi hala tuju pasaran.

“Peniaga spekulatif sama ada memilih untuk melindung nilai atau menjauhkan diri," katanya.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.6357/6429 daripada 4.6407/6449 penutup Khamis tetapi merosot berbanding pound British kepada 5.1245/1311 daripada 5.0813/0854.

Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.9277/9328 daripada 3.9365/9404 dan hampir mendatar berbanding dolar Singapura pada 3.0195/0242 daripada 3.0197/0221. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini