Bagaimana cara membuka dagangan di MetaTrader? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bagaimana cara membuka dagangan di MetaTrader?



Kini anda sudah bersedia untuk mula berdagang. Lancarkan terminal perdagangan MT4 anda (prosedur untuk MT5 sama sahaja). Gunakan login dan kata laluan yang diberikan kepada anda oleh FBS ketika pendaftaran. Jika anda terlupa maklumat ini, anda boleh semak di emel pendaftaran yang dihantarkan kepada anda oleh syarikat atau buat kata laluan baru di dalam laman peribadi anda.

Adakalanya, log masuk perlukan lebih dari satu percubaan. Jika cubaan pertama anda gagal, klik File dan seterusnya Login to Trade Account. Isi maklumat log masuk anda dengan cermat untuk memastikan anda menggunakan nama pelayan yang betul.

Semak untuk pastikan anda sudah tersambung: bar-bar di sudut kanan bawah terminal haruslah hijau dan biru. Jika anda dapat melihat kelajuan sambungan internet anda di situ, semuanya baik-baik belaka: itu bermakna anda sedang menerima kuot harga pasaran secara live. Maka tibalah masa untuk berdagang!


Untuk berdagang, anda perlu memberikan broker anda arahan untuk membuka posisi perdagangan untuk anda. Arahan seperti ini dipanggil pesanan (order).

Ada beberapa cara untuk membuatkan tetingkap New Order muncul di skrin:

1. Pilih Tools – New order di menu utama terminal.
2. Klik kanan di carta; pergi Trading – New order.
3. Klik dua kali di nama instrumen dagangan di tetingkap Market Watch.
4. Klik pada butang New Order di toolbar, di atas carta harga.
5. Tekan kekunci F9 di papan kekunci.

Tetingkap New Order akan muncul di skrin. Di sini anda boleh pilih parameter untuk dagangan anda.


Symbol adalah aset yang anda mahu dagangkan. Secara default, simbol di carta yang aktif dipilih untuk dagangan berkenaan, tetapi anda boleh pilih aset lain dari senarai drop-down. Carta detik (tick chart) yang berkenaan akan dipaparkan di sebelah kiri.

Langkah seterusnya adalah untuk menentukan saiz posisi anda dan masukkannya ke dalam ruangan Volume. Di MetaTrader anda tetapkan saiz posisi dalam sebutan lot: 1.0 bersamaan dengan 1 lot, iaitu 100,000 unit. Anda boleh baca tentang cara memilih saiz posisi di sini.

Kemudian tibalah masa untuk tetapkan Stop Loss (Renti Rugi) dan Take Profit (Ambilan Untung). Anda boleh terus masukkan maklumat ini, atau lakukannya kemudian, atau tidak menetapkan aras-aras ini sama sekali.

Renti rugi (SL, Stop Loss) adalah kadar tukaran pada mana dagangan anda akan ditutup jika harga bergerak dalam arah bertentangan. Justeru, SL menghadkan potensi kerugian anda: seburuk-buruk natijah yang mungkin berlaku, anda tidak akan rugi lebih dari amaun yang anda tetapkan sebagai renti rugi.

Ambilan Untung (TP, Take Profit) adalah kadar tukaran pada mana dagangan anda akan ditutup secara automatik jika harga bergerak searah dengan aspirasi anda. Dalam perkataan lain, ia adalah sasaran keuntungan anda.

Jika nilai renti rugi dan ambilan untung ditetapkan. ia akan dipaparkan di carta sebagai garisan horizontal pada aras harga yang berkenaan, menjadikan ianya mudah untuk anda pantau dagangan-dagangan yang sedang aktif. Jika aras SL dan TP ditetapkan terlalu dekat dengan harga semasa, anda akan lihat mesej ralat: Incorrect S/L or T/P. Anda perlu menggerakkan aras-aras tersebut lebih jauh dari harga semasa dan ulangi permohonan.

Ruangan penting seterusnya adalah Type. Ada 2 jenis pesanan – market orders dan pending orders. Perbezaan utama antara 2 jenis pesanan ini adalah pesanan pasaran (market orders) dibuka secara automatik pada harga pasaran semasa manakala pesanan tertunda (pending orders) boleh ditetapkan untuk suatu harga yang spesifik di masa hadapan.

Jika anda pilih perlaksanaan pasaran, dagangan anda akan dibuka sebaik selepas anda tekan butang Sell by market atau Buy by market. Jika anda pilih pesanan tertunda, anda akan dibolehkan untuk memilih aras kemasukan terlebih dahulu. Dalam kes ini, dagangan akan dibuka secara automatik bila aras harga yang anda pilih dicapai, dan anda tidak perlu berada di hadapan monitor bila ia berlaku. Baca tentang jenis-jenis pesanan tertunda di sini.

Jika butang Sell dan Buy tidak aktif, ini bermakna anda telah memilih volum pesanan yang salah untuk jenis akaun ini. Sila semak tetapan anda untuk volum pesanan dan bandingkan dengan syarat-syarat perdagangan yang dinyatakan di laman web kami.


Pesanan yang aktif (open orders) boleh dilihat di tetingkap Terminal dengan mengklik tab Trade.


Bagaimana cara menutup pesanan?

Jika anda telah tetapkan aras renti rugi dan ambilan untung, dagangan akan ditutup secara automatik sebaik bila harga menyentuh salah satu aras ini. Jika anda mahu menutup suatu dagangan pada bila-bila masa, klik sekali pada dagangan tersebut di tab Trade di Terminal, klik kanan padanya dan pilih Close Order. Satu cara lain adalah dengan mengklik dua kali pada dagangan tersebut di Terminal. Sebuah tetingkap akan muncul untuk meminta anda mengesahkan sekiranya dagangan anda perlu ia tutup. Klik Close ##### (bar kuning horizontal di bahagian bawah tetingkap tersebut) untuk menutup dagangan itu.

Posisi aktif juga boleh ditutup oleh posisi berlawanan, dalam perkataan lain, posisi dalam arah bertentangan bagi simbol yang sama. Untuk melakukan ini, buka tetingkap Order, pilih Close by di ruangan Type, pilih satu posisi dan tekan Close. Ia membolehkan penutupan dua posisi pada masa yang sama. Jika saiz posisi berbeza dari segi amaun lot, hanya satu dari dua posisi tersebut akan kekal. Volum pesanan yang tinggal ini akan bersamaan dengan perbezaan amaun lot dua posisi tersebut, dan arahnya serta harga buka (short atau long) akan sama dengan posisi yang lebih besar (secara volum) di antara dua posisi yang berkenaan.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini