Berdagang Hungarian Forint (HUF) dengan XM - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Berdagang Hungarian Forint (HUF) dengan XM



Forint adalah mata wang rasmi Hungary dan dikeluarkan oleh Bank Negara Hungary. Perkataan forint berasal daripada sebuah bandar di Florence di mana koin emas yang dipanggil sebagai fiorino d'oro dikeluarkan sejak tahun 1252.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Sebagai ahli Kesatuan Eropah, matlamat jangka masa panjang kerajaan Hungary adalah untuk menggantikan Forint dengan Euro, walaupun peralihan ini telah ditangguhkan kerana isu ekonomi semasa.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Hungary telah membuat peralihan yang berjaya ke pasaran ekonomi selepas pilihan raya pertama pada tahun 1990. Pengeluaran di Hungary telah beralih daripada tekstil bernilai rendah dan produk makanan kepada sektor yang bernilai lebih tinggi seperti pengeluaran kereta mewah, pelancongan, teknologi maklumat dan tenaga yang boleh diperbaharui.








Tentang Dagangan Forex
Dagangan forex atau dagangan mata wang atau dagangan FX secara ringkasnya adalah istilah yang merujuk kepada pasaran tukaran mata wang asing yang dikenali pada hari ini. Secara mudahnya, ia merujuk kepada pasaran global tanpa lokasi pusat di mana institusi kewangan, syarikat dan individu melakukan pertukaran mata wang antara satu sama lain pada kadar terapung.

Sistem kadar apungan semasa yang wujud ketika ini mula digunakan selepas Perang Dunia II dan masih digunakan sehingga hari ini. Sebelum wujudnya sistem dagangan forex semasa ini, sistem pengurusan kewangan yang dinamakan Perjanjian Bretton Woods telah digunakan di mana harga tukaran mata wang antara satu sama lain diikat dan dikaitkan dengan simpanan emas kedua-dua negara yang merupakan sandaran kepada matawang sebenar di dalam transaksi yang dilakukan.

Pasaran Forex
Pasaran forex ketika ini merupakan pasaran yang terbesar dan mempunyai kecairan tertinggi di dunia disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor itu adalah kemudahan transaksi melalui internet, kemajuan dalam sektor pengangkutan, kemudahan komunikasi antarabangsa dan pengangkutan moden yang menjadikan jarak di seluruh dunia menjadi semakin dekat.

Dengan capaian global dan jarak yang semakin hampir, secara automatiknya manusia, barang dan perkhidmatan dapat bergerak dengan lebih cepat dan pantas. Ini juga bermaksud keperluan untuk mata wang didagangkan sesama sendiri diperlukan untuk membolehkan situasi ini berlaku. Semua faktor ini menyebabkan pertumbuhan dalam pasaran forex yang pastinya akan terus berkembang dan menjadi lebih cair, dinamik dan responsif.

Dagangan Forex Atas Talian
Antara peserta utama dalam pasaran forex ialah satu segmen yang paling cepat berkembang dari keseluruhan peserta pasaran iaitu pedagang mata wang asing runcit (individu) yang rata-rata melakukan dagangan forex atas talian untuk tujuan spekulatif dengan matlamat utama untuk mendapatkan keuntungan dari pergolakan mata wang (perubahan pasaran) atau perlindungan nilai dari risiko mata wang yang tidak diingini.

Segmen ini memasuki pasaran dagangan forex melalui broker (seperti XM) atau melalui bank. Dalam kes ini, bank atau broker akan memberikan pelanggan runcit satu akaun dagangan yang akan dibiayai dalam mata wang asas (kebiasaannya dalam mata wang kawasan yang didiami oleh pelanggan) dan pelanggan berpeluang untuk membeli atau menjual mata wang secara atas talian atau melalui telefon dengan matlamat untuk mendapatkan keuntungan.

Dagangan Forex Melalui Broker
Mengambil bahagian dalam pasaran dagangan forex melalui broker seperti XM bermakna pelanggan menerima akses kepada harga semasa pasaran forex dan menerima sebut harga belian dan jualan untuk beberapa instrumen melalui platform dagangan atas talian. Pelanggan bebas untuk menentukan harga yang mereka inginkan untuk belian atau jualan, dan sebaliknya, dan boleh melaksanakan transaksi pada bila-bila masa yang mereka mahukan.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini