Cara Memilih Pengurus Strategi yang Sesuai dalam FXTM Invest - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Cara Memilih Pengurus Strategi yang Sesuai dalam FXTM Invest



Cara Memilih Pengurus Strategi yang Sesuai dalam FXTM Invest

Sebelum anda memilih Pengurus Strategi yang sesuai, anda perlu mengenal pasti profil dagangan anda sendiri. Tanya kepada diri sendiri soalan berikut:

* Adakah anda pedagang baru atau berpengalaman?
* Adakah anda pedagang agresif, sederhana atau konservatif?
* Apakah toleransi risiko anda? Tinggi, Pertengahan atau Rendah?
* Adakah kerugian yang besar menyebabkan anda tidak selesa?
* Adakah anda hanya mengharapkan keuntungan yang besar?

Selepas anda menjawab soalan di atas, anda boleh mencari Pengurus Strategi yang tepat untuk disesuaikan dengan keperluan kewangan anda. Pengurus Strategi anda mesti sepadan dengan ciri dagangan anda:

* Tahap risiko yang diingini
* Penurunan maksimum
* Pulangan maksimum (iaitu laba)

Tahap risiko Pengurus Strategi adalah berdasarkan penurunan maksimum dan pulangan purata harian mereka. Pelabur boleh melihat statistik dan maklumat berkaitan yang lain tentang Akaun Strategi di halaman Pengurus Strategi Kedudukan Teratas. Pelabur yang bersedia menerima pulangan yang rendah dan risiko yang yang rendah boleh memilih Pengurus Strategi dengan tahap risiko ini:

* Tahap Risiko Rendah -  2 atau kurang
* Penurunan Maksimum Rendah -  Contohnya, kurang daripada 30%

Sebaliknya, Pelabur yang inginkan pulangan yang tinggi dan bersedia menerima risiko yang tinggi boleh memilih Pengurus Strategi dengan tahap risiko ini:

* Tahap Risiko Tinggi -  4 atau 5 
*Penurunan Maksimum Tinggi - Contohnya, lebih tinggi daripada 50%

Umumnya, Pengurus Strategi yang telah berdagang sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai rekod prestasi yang lebih lama adalah lebih boleh dipercayai. Lebih lama Pengurus Strategi telah berdagang, lebih yakin pelabur terhadap mereka.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini