Pengenalan kepada indikator-indikator teknikal



“Kemegahan dan kesengsaraan” indikator teknikal

Komputer dan teknologi maklumat membolehkan para pedagang membuat unjuran harga tanpa kerja yang banyak. Indikator teknikal melangsaikan semua kerja-kerja berat untuk pedagang, membebaskan mereka dari keperluan membuat kira-kira matematik dan statistik yang sulit. Selain itu, ia menjimatkan masa pedagang apabila membuat analisis pasaran. Bagaimana pun, dalam seikat daun sireh pasti ada yang tidak bertemu urat. Kami akur bahawa tidak semuanya indah dengan indikator teknikal; ia boleh gagal dan menyebabkan kerugian.

Tetapi jika para pedagang fokus kepada carta yang mampan dan pola candlestick, menerapkan beberapa indikator untuk mengenal pasti aras masuk dan aras keluar yang sempurna, mereka akan sentiasa di hadapan. Jadi kami menggalakkan anda untuk menggunakan perkakas teknikal dalam dagangan intrahari bukan sahaja kerana ia memudahkan, tetapi juga kerana ia akan membantu anda meminimakan impak emosi dalam proses membuat keputusan.

Guru-guru perdagangan mengesyorkan penggunaan sekurang-kurangnya 2 indikator teknikal pada carta untuk menyaring isyarat palsu. Indikator teknikal paling ampuh bila diguna berpasangan, jadi anda harus buka posisi bila anda dapati dua indikator memberikan isyarat yang sama. Di dalam masa yang sama, cuba untuk tidak tamak dan terperangkap kesilapan terlalu menganalisa pasaran. Penggunaan indikator teknikal yang berlebihan akan mendatangkan lebih mudarat dari manfaat, jadi anda mungkin hilang jejak pergerakan harga dan terlepas peluang membuat keuntungan.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini