Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penurunannya sebelum ini untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan ketidakpastian terhadap kemajuan rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China ditengah-tengah penurunan harga minyak mentah.

Pada 6 petang, unit tempatan turun 90 mata asas kepada 4.1770/1800 berbanding dolar AS daripada 4.1680/1720 pada penutup Jumaat minggu lalu.

Peniaga berkata, minat pengambilan risiko terbantut selepas pegawai China membatalkan kunjungan yang dirancang mereka ke dua negeri perladangan AS, yang sepatutnya bermula pada Isnin bersempena dengan kunjungan rundingan perdagangan dua hala mereka ke Washington.

"Pelabur menunggu lebih banyak petunjuk dan berita yang menggerakkan pasaran bagi mencari hala tuju pelaburan," katanya.

Pada 6.24 petang, penanda aras minyak mentah Brent berada pada AS$62.88 setong turun 32 cents daripada sesi sebelumnya.

Pada penutup, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0301/0325 daripada 3.0297/0337 pada paras penutup Jumaat dan turun berbanding yen kepada 3.8849/8891 daripada 3.8589/8637 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.1970/2024 daripada 5.2196/2254 dan naik berbanding euro kepada 4.5863/5913 daripada 4.6040/6.101.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini