Ringgit ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tiga hari berturut turut disebabkan sentimen lemah di sebalik keputusan Rizab Persekutuan (Fed) AS menurunkan kadar faedah.

Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.1900/1930 berbanding dolar AS daripada 4.1820/1860 pada Rabu.

Peniaga berkata penurunan kadar faedah memang dijangkakan untuk membantu mengekalkan pengembangan ekonomi AS untuk jangka lama.

Bagaimanapun, katanya isyarat daripada Fed itu akan menetapkan tahap lebih tinggi untuk penurunan selanjutnya yang mendorong dolar AS lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

“Susulan keputusan itu, mata wang Asia bukan sahaja terpaksa berdepan dengan dolar AS yang lebih kukuh tetapi juga berpotensi terdedah kepada kemungkinan risiko lain,” katanya.

Ringgit diniagakan rendah berbanding kebanyakan mata wang utama.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0406/0349 daripada 3.0423/0464 semasa ditutup pada Rabu tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 3.8789/8496 daripada 3.8640/8688.

Mata wang tempatan menguncup berbanding pound Britain kepada 5.2262/2316 daripada 5.2116/2174 dan turun berbanding euro kepada 4.6341/6391 daripada 4.6199/6259.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini