Apabila Pelabur mengikuti Pengurus Strategi, mana-mana dagangan yang dibuka oleh Pengurus Strategi disalin secara automatik ke dalam akaun Pelabur pada masa dan harga yang sama. Saiz kedudukan Pelabur adalah berdasarkan nisbah berikut:
Ekuiti Pelabur / Ekuiti Pengurus
Contohnya, jika Pelabur mendepositkan $1,000 ke dalam Akaun Pelaburan mereka dan ekuiti Pengurus Strategi ialah $1,000, maka nisbah dikira seperti berikut:
Ekuiti Pelabur / Ekuiti Pengurus
1000 / 1000 = 1
Ini bermakna apabila Pengurus Strategi membuka kedudukan 1 lot, kedudukan Pelabur dibuka 1 lot pada masa yang sama. Selepas seketika, jika Pelabur mengeluarkan $300 manakala ekuiti Pengurus Strategi meningkat kepada $1,500, Ekuiti Akaun Pelaburan akan menjadi $1,200. Nisbah yang baru dikira seperti berikut:
Ekuiti Pelabur / Ekuiti Pengurus
1200 / 1500 = 0.8
Jika Pengurus Strategi membuat keputusan untuk membuka kedudukan 2 lot, sebagai contoh, maka kedudukan Pelabur dibuka pada 1.6 lot (0.8 X 2).
Sekiranya Pelabur mengaktifkan akaun mereka semasa Pengurus Strategi sudah pun membuka kedudukan, maka Pelabur akan mempunyai kedudukan yang dibuka pada Harga Pasaran semasa.
Begitulah caranya FXTM Invest berfungsi!