Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini sejajar dengan pasaran mata wang pasaran membangun yang lain disebabkan oleh faktor luaran.

Strategi Pasaran Axi Trader Asia-Pacific, Stephen Innes, berkata kegelisahan perdagangan di tengah-tengah rundingan antara dua ekonomi terbesar dunia terus mencorakkan landskap.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.2200/2250 berbanding dolar AS daripada 4.2030/2080 yang direkodkan semasa Jumaat lalu.

Satu laporan menyebut bahawa pegawai China dan AS sedang bertungkus lumus dalam perbincangan bagi menentukan jadual pusingan rundingan seterusnya dalam krisis perdagangan AS-China.

“Ini meletakkan sentimen risiko Asia pada tapak yang sangat goyah,” kata Innes kepada Bernama.

Pasaran ditutup semalam sebagai lanjutan kepada cuti Awal Muharram yang jatuh pada Ahad.

Pada penutup, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan itu susut berbanding yen kepada 3.9793/9851 daripada 3.9487/9545 yang dicatatkan pada Jumaat lalu dan berbanding dolar Singapura, ia berada pada 3.0283/0328 daripada 3.0281/0319 sebelum ini.

Ringgit melonjak berbanding euro kepada 4.6167/6238 daripada 4.6393/6465 dan berbanding pound kepada 5.0585/0658 daripada 5.1230/1308.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini