BREXIT: SUASANA SEMAKIN PANAS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

BREXIT: SUASANA SEMAKIN PANAS


Boris Johnson baharu sahaja menjadi Perdana Menteri tetapi sudah mengaruh protes massa.
Kita semua masih ingat berapa kali pendahulu beliau, Theresa May, cuba meyakinkan Parlimen untuk menyokong rundingan Brexit. Namun beliau telah gagal. Kurang dari dua bulan berbaki sebelum UK perlu keluar dari EU. En. Johnson memutuskan untuk bertindak drastik dan telah meminta Ratu Elizabeth untuk memprorog Parlimen bulan hadapan. Yang mengejutkan, baginda Ratu telah bersetuju. Ini bermakna Parlimen akan berhenti berfungsi mulai dari minggu kedua September sehingga 14 Oktober. Bila Parlimen kembali berfungsi, akan ada hanya 17 hari berbaki sehingga tarikh akhir Brexit.

Adakah ia meningkatkan kebarangkalian Britain mendapat terma yang lebih baik untuk Brexit? Pasti sekali tidak. Parlimen akan mempunyai masa untuk membuat undi tidak percaya terhadap En. Johnson. Selain dari itu, ribuan penunjuk perasaan telah menganjurkan perhimpunan di pelbagai tempat di UK. Ada cakap-cakap tentang kemungkinan Ratu akan dievakuasi seandainya berlaku kekacauan. Suasana semakin panas.

Pound British akan terus menerima tekanan yang besar. Matawang itu telah susut lebih 120 pip setelah Boris Johnson meminta perkenan baginda Ratu untuk memprorog Parlimen. Sebarang langkah lanjut PM itu tidak akan terlepas dari pemerhatian tajam para pelabur.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini