Ringgit kembali meningkat - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kembali meningkat



KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS, menghentikan kerugian tiga hari berturut-turut selepas peniaga mengurangkan minat mereka terhadap dolar AS menjelang hujung minggu.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.1680/1720 berbanding dolar AS daripada 4.1900/1930 pada Khamis.

Penganalisis pasaran FXTM Han Tan berkata ringgit melepasi paras rintangan 4.19 berbanding dolar US pada minggu ini yang berjaya mengurangkan kerugian pada minggu ini menjelang hujung minggu, selari dengan kebanyakan mata wang serantau yang gagal menyaingi daya tahan dolar AS, di sebalik langkah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah AS buat kali kedua tahun ini.

“Kenaikan harga minyak pada awal minggu ini juga gagal diterjemahkan kepada sebarang sokongan bermakna untuk prestasi ringgit, dengan mengambil kira harga Brent kekal melepasi AS$70 setong terbukti tidak bertahan lama” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ringgit juga tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0297/0337 daripada 3.0406/0349 semasa ditutup pada Khamis dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8589/8637 daripada 3.8789/8496.

Mata wang tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.2196/2254 daripada 5.2262/2316 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6040/6.101 daripada 4.6341/6391.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini