Cara-cara memastikan wang dan kewarasan anda selamat - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Cara-cara memastikan wang dan kewarasan anda selamat


FBS sedang berkembang: keluarga kami sudah pun mencapai 13 juta orang pelanggan, dan kami bersyukur di atas kepercayaan anda! Kami menjaga dana anda dengan selamat, dan agar ia terus kekal begini kami ingin mengingatkan anda tentang langkah-langkah keselamatan yang anda boleh lakukan di pihak anda.

Ada beberapa tips untuk memastikan dana anda kekal selamat:

1. FBS tidak menjamin pendapatan yang stabil

Bayangkan anda ada seorang sahabat, andaikan sahaja nama beliau Abu. Beliau menjanjikan bulan dan bintang tanpa perlu berusaha, itu satu sebab yang munasabah untuk anda berhati-hati. Forex dan keuntungan dari berdagang adalah kerja yang serius, dengan pro dan kontranya sendiri, urusniaga yang berjaya dan yang gagal. Pendapatan anda bergantung kepada ilmu dan pengalaman, dan ia tidak boleh dijamin oleh mana-mana pedagang — tidak kira betapa profesionalnya beliau. Sebagai sebuah broker, FBS hanya boleh memberikan anda akses kepada pasaran dan pelaksanaan pesanan.




2. FBS bukan pengurus dana dan tidak menerima tunai

Suatu hari Abu memberitahu bahawa FBS menguruskan semua pesanan anda untuk suatu amaun komisen yang kecil sebagai upah — hanya berikan beliau sejumlah tunai dan wang akan mengalir dengan mudah ke poket anda, beliau akan uruskannya. Sekali lagi, Abu hanya mahu mencuri wang anda.

Hal yang sama juga dengan dokumen. Jangan serahkan apa-apa dokumen pengenalan diri atau wang kepada mana-mana pihak ketiga. Muat naik dokumen anda, lakukan sendiri urusan deposit dan pengeluaran dana di dalam Laman Peribadi FBS.




3. FBS mencadangkan kaedah komunikasi yang langsung dan mudah.

Abu yang merimaskan ini sudah pun terkompromi, jadi tiada yang mahu mendengar cakap-cakap beliau lagi — walaupun beliau bercakap tentang promo-promo rahsia tertentu dari FBS yang hanya beliau boleh mengaksesnya. Percaya hanya maklumat dari sumber rasmi sahaja.

Laman web rasmi fbsmy.com
FBS Help Center support.fbshelp.com
Pasukan Khidmat Pelanggan support@fbs.com

Seandainya anda mendapat sebarang pemakluman tentang perubahan berkenaan kerjasama kewangan anda bersama FBS menerusi telefon atau emel, jangan ragu untuk menghantarkannya kepada kami.



Kami berharap tips-tips ini akan membantu anda meningkatkan keuntungan anda dan menjaga wang dan tekanan darah anda!





Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini