Ringgit kurang permintaan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kurang permintaan



KUALA LUMPUR: Ringgit lemah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan hari ini susulan kekurangan permintaan meskipun Rizab Persekutuan AS mengurangkan kadar faedah semalam.

Pada 9 pagi, ringgit turun kepada 4.1905/1945 berbanding dolar AS daripada 4.1820/1860 penutup Rabu.

Peniaga berkata, kadar pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan sebanyak satu perempat adalah dijangkakan secara meluas.

"Secara keseluruhannya, pasaran global terus kurang pemangkin dengan peserta pasaran memantau rundingan perdagangan AS-China yang akan bermula hari ini," katanya.

Sementara itu, berbanding kumpulan mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah kecuali euro yang meningkat kepada 4.6192/6253 daripada 4.6199/6259.

Unit tempatan turun berbanding yen kepada 3.8690/8738 daripada 3.8640/8688, susut berbanding pound Britain kepada 5.2235/2301 daripada 5.2116/2174 tetapi kekal tidak berubah berbanding dolar Singapura daripada paras 3.0423/0463 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini