Pasukan Analisis Pasaran FXTM - Tan Chung Han - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Pasukan Analisis Pasaran FXTM - Tan Chung Han


ForexTime terkenal kerana kepakaran dalam industri Forex dan pasukan penyelidikan pasaran kami kerap menerbitkan ulasan pasaran untuk memberikan kemas kini kepada pedagang tentang peluang pasaran terkini dan membantu memenuhi potensi strategi dagangan.

Ulasan penyelidikan pasaran yang ditulis oleh pasukan FXTM kerap dipetik dan dirujuk oleh penerbitan media terkemuka di dunia dan juga boleh dilihat sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat yang berterusan untuk melanjutkan pendidikan kepada pedagang di seluruh dunia. Ikuti Tan Chung Han (Han Tan) , penganalisis pasaran di FXTM kami di twitter Han_FXTM dan lihatlah semua artikel penyelidikan di sini.






Maklumat peribadi

Tan Chung Han (Han Tan) menyertai FXTM pada bulan Januari 2019 sebagai Penganalisis Pasaran. Han merupakan wartawan kewangan dan pembaca berita yang berpengalaman dengan pemahaman yang mendalam tentang rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik. Beliau akan memberikan wawasan yang berharga tentang berita pasaran tempatan dan antarabangsa, serta trend makroekonomi. Han juga akan bertindak sebagai wakil syarikat untuk rantau ini dengan menyediakan ulasan pasaran, dengan itu memantapkan reputasi FXTM sebagai kuasa peneraju bagi trend mata wang dunia.

Sejak menamatkan pengajian pada tahun 2006 daripada Liberty University di Virginia, Amerika Syarikat, Han telah bekerja untuk beberapa penyiar perniagaan negara dan antarabangsa, termasuk Bloomberg TV Malaysia, BFM dan TV3. Beliau juga membuat laporan untuk rancangan popular Dashboard dan Moving Malaysia di Bloomberg TV Malaysia. Sebagai wartawan, Han telah diberi peluang untuk menemu bual pembuat dasar dan peneraju industri yang penting seperti Cecilia Malmstrom, ahli politik Malaysia, YB Lim Kit Siang, bekas CEO Malaysia Airlines, Peter Bellew dan pemenang Nobel Peace Prize 2006 Muhammad Yunus. Sebagai sebahagian daripada pasukan Bloomberg TV Malaysia yang meluas, Han merupakan sebahagian daripada rangkaian yang menemu bual jurucakap daripada bank seperti Standard Chartered dan HSBC. Han juga menjadi moderator dalam perbincangan panel dengan wakil daripada Bank Negara Malaysia dan Bank Dunia Malaysia.

Pada masa beliau berkhidmat sebagai wartawan dan pembaca berita utama, Han telah membina reputasi yang unggul kerana analisis beliau yang tajam tentang pasaran mata wang dan komoditi.

Han akan memberikan sumbangan kepada pasukan Penyelidikan dan Analisis Pasaran FXTM yang memenangi anugerah dengan memberikan wawasan yang mendalam tentang pasaran kewangan global, dengan tumpuan kepada Asia Pasifik dan Asia Tenggara.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini