Ringgit mendatar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mendatar



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan dolar AS yang mengukuh.

Pada 9.04 pagi, ringgit berada pada 4.1770/1810 berbanding dolar AS daripada 4.1770/1800 Isnin.

Perubahan ketara dalam sentimen pasaran, yang dicetuskan ciapan Presiden Donald Trump, tarif balas secara tiba-tiba adalah antara faktor yang menjadikannya sukar untuk memberi tumpuan kepada aspek struktur ekonomi makro, kata Maybank dalam nota penyelidikannya hari ini.

Kekeliruan tambahan dalam pasaran minyak, menjadikan harga turun naik, katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding pound British kepada 5.1928/1982 daripada 5.1970/2024 dan menokok berbanding yen pada 3.8802/8850 daripada 3.8849/8891.

Ia susut berbanding euro kepada 4.5905/5953 daripada 4.5863/5913 dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0316/0348 daripada 3.0301/0325.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini