MINYAK SAUDI MENCABAR EKONOMI SENDIRI & DUNIA - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

MINYAK SAUDI MENCABAR EKONOMI SENDIRI & DUNIA



Minggu lalu dunia dikejutkan dengan berita serangan drone ke atas prasarana minyak Arab Saudi. Semua orang jadi kelam kabut: para pemimpin dunia bergegas mengeluarkan kenyataan, ahli-ahli politik dan ekonomi telah memulakan sesi analisis, dan pasaran pun jadi gila.

Harga minyak telah melonjak sehingga lebih dari 20% sebaik selepas serangan.
Pasaran masih tidak tahu bagaimana hendak menangani gangguan pengeluaran 5.7 juta tong minyak mentah sehari. Ini kira-kira 50% dari pengeluaran minyak Arab Saudi dan 5% dari pengeluaran minyak global. Namun harga turun sebmual selepas Arab Saudi mengumumkan kapasiti penuh akan pulih dalam beberapa minggu.

Harus dinyatakan di sini bahawa ekonomi Saudi bergantung kepada keuntungan dari jualan minyak, iaitu kira-kira 23% dari KDNK mereka.

Dan ketika harga minyak menjadi perhatian, ia masa yang sesuai untuk kita memantaunya dan raih keuntungan kita dari keaktifan pasaran.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini