Ringgit mengukuh sedikit


KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa dagangan dibuka hari ini dengan permintaan meningkat susulan pertikaian perdagangan antara China dan AS yang semakin reda.

Pada 9.09 pagi, ringgit disebut pada harga 4.1850/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1880/1910 pada penutup semalam.

Peniaga berkata, sentimen pasaran bertambah baik berikutan laporan bahawa Washington dan Beijing akan kembali ke meja rundingan untuk perbincangan perdagangan, memberikan harapan kepada mata wang Asia.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang utama kecuali pound Britain yang susut kepada 5.1576/1654 daripada 5.1508/1558.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0234/0281 daripada 3.0249/0275, meningkat berbanding yen kepada 3.9094/9152 daripada 3.9302/9341 dan naik berbanding euro kepada 4.6161/6232 daripada 4.6244/6294.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini