Swap dan Rollover - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Swap dan Rollover


Rollover (juga disebut sebagai rollover swap) adalah prosedur peralihan untuk satu posisi yang masih aktif dari satu hari perdagangan kepada hari seterusnya. Rollover, secara istilahnya, boleh diterjemah ke Bahasa Melayu sebagai "peralihan" atau "bawa ke hadapan". Jika seorang pedagang itu melanjutkan usia posisinya lebih dari satu hari, beliau akan menanggung kos atau menerima laba, bergantung kepada kadar faedah yang berkuatkuasa.

Ingatlah bahawa di dalam pasaran Forex matawang asas (base currency) menentukan berapa banyak matawang sebutharga yang diperlukan untuk anda mendapatkan seunit matawang asas. Pedagang meminjam wang untuk membeli matawang lain, dan kadar faedah dibayar bagi matawang yang dipinjam atau diterima bagi matawang yang dibeli. Dalam lain perkataan, posisi anda akan menerima kadar faedah matawang yang anda beli, dan anda akan membayar kadar faedah matawang yang anda jual. Kebanyakan broker melaksanakan rollover secara automatik dengan menutup posisi di penghujung hari, dan seraya itu membuka posisi yang serupa di hari seterusnya.

Mari kita kaji sebuah contoh.

Setiap bank pusat menetapkan kadar faedah, dan kadar faedah ini boleh jadi besar selisihnya di antara satu sama lain. Sebagai contoh, mari kita anggap kononnya kadar faedah Dollar New Zealand lebih tinggi dari Dollar AS. Jika anda beli NZD/USD, anda akan menerima laba dari perbezaan kadar faedah antara NZD dan USD, juga dipanggil swap, di atas posisi anda bagi setiap peralihan hari yang dilalui oleh posisi tersebut. Bagaimana pun, jika anda menjual NZD/USD, anda membayar swap bagi posisi tersebut bagi setiap peralihan hari yang dilalui.

Anda boleh melihat swap bagi long dan short di laman web broker anda. Terminal perdagangan mengira dan melaporkan semua swap untuk anda secara automatik.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini