Ringgit mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, dengan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS akan mengurangkan kadar faedah jangka pendek sebanyak satu perempat mata kepada jajaran 1.75 peratus hingga 2.0 peratus apabila pembuat dasar bermesyuarat minggu ini.

Pada 9 pagi, ringgit menokok kepada 4.1750/1800 berbanding dolar AS daripada 4.1810/1850 penutupan Selasa.

Peniaga berkata, pelonggaran dasar monetari selanjutnya oleh Rizab Persekutuan mungkin memberi tekanan kepada nota tempatan dan menjangka pelabur mula mendapat keyakinan terhadap pasaran ekuiti Malaysia.

"Mesyuarat dasar monetari September Rizab Persekutuan bermula semalam dan ia akan mengumumkan keputusan terkini berhubung kadar faedah petang ini.

"Pasaran menjangka akan berlaku pemotongan kadar faedah selanjutnya, yang akan menjadi rangsangan bagi pasaran domestik," kata peniaga itu, sambil menambah bahawa Rizab Persekutuan berkemungkinan akan membuat satu lagi penurunan pada Disember.

Ia membuat pengurangan 25 mata asas pertama dalam 10 tahun Julai lalu.

Sementara itu, berbanding sekumpulan mata wang utama lain, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih lemah kecuali yen, yang menokok kepada 3.8590/8639 daripada 3.8624/8671.

Ia susut berbanding dolar Singapura pada 3.0364/0413 daripada 3.0345/0379, turun berbanding pound British kepada 5.2133/2200 daripada 5.1840/1907 dan lemah kepada 4.6205/6277 daripada 4.6058/6115 berbanding euro. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini