Ringgit ditutup rendah susulan sentimen berhati-hati - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah susulan sentimen berhati-hati



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan sentimen berhati-hati menjelangnya hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS hari ini.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.1820/1860 berbanding dolar AS daripada 4.1810/1850 pada Selasa.

Peniaga berkata pelabur masih tidak menyertai pasaran kerana yakin namun berhati-hati bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan memutuskan pengurangan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas semasa mesyuarat tersebut.

“Pelabur tidak memasuki pasaran walaupun penurunan kadar faedah diyakini hampir pasti diputuskan disebabkan pembuat dasar Fed tidak mencapai kata sepakat mengenai rangsangan monetari seterusnya,” katanya.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0423/0464 daripada 3.0345/0379 ketika ditutup pada Selasa serta rendah berbanding yen Jepun kepada 3.8640/8688 daripada 3.8624/8671.

Ringgit lemah berbanding pound British kepada 5.2116/2174 daripada 5.1840/1907 semalam dan turun berbanding euro kepada 4.6199/6259 daripada 4.6058/6115.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini