Ringgit merosot - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit merosot



KUALA LUMPUR: Ringgit merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini berikutan permintaan lemah, sejajar penyusutan harga minyak dunia.

Pada 9.04 pagi, ringgit berada pada 4.2200/2250 berbanding dolar AS daripada 4.2030/2080 Jumaat lalu.

Peniaga berkata, harga minyak susut selepas tarif import baharu yang dikenakan AS dan China berkuat kuasa Ahad.

"Ini menimbulkan ketidakpastian di pasaran kerana ia berpotensi menjejaskan pertumbuhan ekonomi global serta permintaan terhadap minyak mentah," katanya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 59 sen kepada AS$ 58.66 satu tong manakala West Texas Intermediate (WTI) merosot 33 sen kepada AS$ 54.77 satu tong.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan lebih lemah berbanding dolar Singapura pada 3.0294/0341 daripada 3.0281/0319 dan susut berbanding yen kepada 3.9695/9753 daripada 3.9487/9545.

Bagaimanapun, ia menokok berbanding euro kepada 4.6179/6238 daripada 4.6393/6465 dan meningkat berbanding pound British kepada 5.0851/0920 daripada 5.1230/1308. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini