7 pilihan untuk membuat wang anda bekerja untuk anda - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

7 pilihan untuk membuat wang anda bekerja untuk anda


Cara-cara melabur di pasaran

Orang kata wang tidak tidak harus disimpan begitu sahaja. Dipercayai bahawa cara terbaik untuk mengawal wang anda adalah dengan melaburkannya dan membuatkannya berkerja untuk anda di masa hadapan. Namun bagaimanakah ia boleh dilaburkan? Ada banyak opsyen yang boleh dipilih. Buat pilihan anda untuk pastikan wang anda selamat!

Apakah itu pelaburan?

Sebagai pembukaan, pelaburan adalah mengagihkan wang anda untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan darinya. Sebagai contoh, jika anda pinjamkan wang kepada rakan anda dan beliau membayar pinjaman tersebut setahun kemudian — misalnya $110, bukan $100 seperti yang dipinjam, ini bererti anda secara teknikalnya telah melabur pada rakan anda dengan pulangan 10% per tahun.

Anda tidak perlukan ilmu yang khusus untuk mula melabur. Ia tampak seperti sukar, tetapi apa yang anda perlukan adalah idea yang sedikit lebih jelas tentang apa yang anda mahu lakukan dengan wang anda dan apakah opsyen yang mungkin. Pelaburan bukanlah satu sains kewangan yang sakral — ia tidak lebih dari pengetahuan asas bagi mereka yang peduli tentang simpanan mereka.

Cara yang paling popular untuk melaburkan wang adalah hartanah dan tunai — tetapi ini adalah situasinya bila mana yang paling popular tidak sinonim dengan yang terbaik. Mari kita telusuri beberapa opsyen yang anda boleh pilih untuk melaburkan wang anda.

Apakah pilihan-pilihannya?

Tunai
Sesetengah orang masih percaya bahawa menyimpan wang di bawah tilam masih lagi satu pilihan yang munasabah. Secara asasnya itu benar, tetapi ada beberapa perkara yang perlu diingat jika itulah pilihan pertama anda. Pertama, anda mempunyai akses yang terlalu mudah ke atas wang tersebut, jadi godaan untuk mengambil sedikit untuk perbelanjaan tambahan lebih sukar untuk ditepis. Kedua, ingat tentang inflasi: di satu waktu nanti, anda akan mendapati simpanan anda mempunyai nilai yang lebih sedikit dari yang anda jangkakan.

Deposit tetap bank
Anda depositkan wang anda di bank dengan kadar faedah per tahun yang tertentu. Setiap negara dan setiap bank mempunyai ketetapan amaun deposit, tempoh deposit, dan peratusan pulangan yang anda akan terima.

Bayangkan anda ada wang lebihan sebanyak $1000 yang anda mahu elak dari dibelanjakan. Anda simpan ia di bank dengan kadar faedah, sebagai contoh, 6% setahun. Ini bermakna dalam setahun anda akan memperolehi $1060 — bukanlah jumlah keuntungan yang hebat, tetapi agak memadai kerana anda tidak perlu berbuat apa-apa untuk mendapatkannya.


Bon
Ingat lagi contoh di mana anda meminjamkan wang kepada seorang rakan anda dan menerima lebih banyak dalam tempoh setahun? Ia berfungsi dengan cara yang sama. Bezanya kali ini anda tidak memberi pinjaman kepada rakan, tetapi kepada kerajaan, daulah, atau syarikat. Anda tahu dengan pasti bahawa anda akan mendapat wang anda semula, dan berapa peratus yang anda akan terima sebagai tambahan kepada jumlah yang anda pinjamkan.

Ada terdapat juga Eurobonds, yang didenominasikan bukan dengan matawang kebangsaan negara yang mengeluarkannya. Eurobonds dikeluarkan di dalam matawang yang asing bagi pihak yang mengeluarkan bon dan yang membeli bon.

Bon sedikit lebih rendah risikonya berbanding saham dan ia juga bersifat jangka panjang. Biasanya kerajaan menjaul bond kepada bank-bank atau institusi kewangan lain untuk diagihkan kepada para pelabur. Kadar keberuntungannya bergantung kepada banyak faktor, tetapi secara keseluruhannya ia bukanlah amaun yang boleh memberikan "kelegaan" besar.
Perdagangan Forex
Ya, Forex bukan sahaja cara untuk mendapatkan sejuta pertama anda, tetapi juga cara untuk membuatkan wang antara terus berputar. Dengan FBS, anda boleh menceburi pasaran kewangan dan menggandakan pelaburan anda. Pembukaan akaun adalah percuma. Anda boleh meluncur masuk ke Forex dengan akaun sebenar (real account) atau bermula dengan akaun demo untuk membasahkan kaki terlebih dahulu.

Tidak mahu risiko yang terlalu tinggi? Anda boleh cuba Trade 100 Bonus dan terima $100 secara percuma sebagai deposit anda. Permulaan yang bagus sekali di Forex!

Berdagang di Forex lebih berisiko berbanding jika anda sekadar menyimpan wang anda di bank atau membeli bon, namun di sini anda mengambil lebih risiko untuk ganjaran yang lebih besar. Dengan Forex, anda boleh mendapat bukan 8%, tetapi 50%, 100%, atau lebih per tahun. Bolehkah anda bayangkan? Dengan sedikit pengurusan risiko, anda boleh gandakan deposit permulaan anda dengan mudah!


Saham
Saham sedikit mirip dengan bon dari segi mekanismanya. Anda membeli sebahagian kecil pemilikan ke atas sebuah syarikat (atau mungkin tidak kecil juga, bergantung kepada kemampuan anda) dan mendapat dividen darinya sebagai seorang pemegang saham.

Selagi syarikat itu berprestasi baik, nilai sahamnya meningkat; bila-bila perniagaan merosot, sahamnya menjadi lebih murah. Harga saham biasanya agak mampu dimiliki, tetapi ingat betapa lebih kecil jumlah pelaburan anda, lebih tinggi komisen broker. Lagi pun saham agak berisiko. Bila situasi stabil untuk syarikat berkenaan, itu bererti saham didagangkan di aras purata. Waktu terbaik untuk membeli saham adalah ketika ia rendah, tetapi pastikan ia takkan jadi lebih rendah.


Akaun PAMM

Akaun PAMM (Percentage allocation management module) adalah untuk mereka yang tidak begitu pandai berdagang atau mereka yang lebih berminat untuk menjadi pelabur berbanding pedagang yang aktif. Broker memberikan akaun yang dikongsi dengan dana bersama, di mana seseorang pelabur akan meletakkan wang beliau untuk diusahakan oleh pedagang yang akan berdagang di pasaran. Pedagang tidak boleh mengeluarkan dana tanpa kebenaran pelabur, dan pelabur tidak boleh berdagang tanpa pedagang.

Boleh ada lebih dari satu pengurus, pedagang dan pelabur — ia boleh sahaja melibatkan satu pasukan besar, tetapi dalam kes sebegitu keadaan akan menjadi lebih rumit dan ia dipanggil sebagai Open-end-funds. Open-end-funds adalah suatu bentuk pelaburan yang kolektif di mana anda kumpulkan wang dari beberapa orang untuk mencipta portfolio yang lebih impresif.

Anda boleh cuba app CopyTrade — ia hampir serupa. Sertai sebagai seorang pelabur, pilih pedagang-pedagang terbaik dari senarai dan hanya tiru tindakan mereka di pasaran untuk komisen kecil sebanyak 5%. Biar profesional yang melakukan kerja-kerja berdagang.

Akaun ETF
ETF (exchange traded fund) didagangkan di bursa saham dan ia membolehkan orang ramai membeli atau menjualnya menerusi broker. ETF adalah peluang yang baik untuk perlindungan dari risiko (risk hedging) kerana ETF terdiri dari campuran beberapa saham, bon, dan instrumen-instrumen lain. Satu ETF boleh mengandungi saham beberapa syarikat besar.

ETF terkait rapat dengan indeks-indeks besar seperti Dow Jones Industrial Average, S&P500 dan lain-lain. ETF lebih menguntungkan berbanding saham-saham secara individu atau akaun PAMM, tetapi ia lebih sesuai untuk para pedagang berpengalaman. Ia cara yang baik untuk mempelbagaikan portfolio anda.



Pelaburan yang anda PATUT JAUHI
Opsyen binari dan skim piramid adalah pantang terbesar untuk mereka yang menghormati wang yang datang dari titik peluh mereka sendiri. Ia seperti budak-budak nakal yang ibu anda nasihatkan agar anda jauhi dari berkawan dengan mereka. Kerapkali ia tampak menggoda, kerana amaun yang anda bakal dapat — tetapi risikonya terlalu tinggi.

Siapa yang menang akan menerima semua sebagai habuan, dan yang kalah akan rugi lebih banyak dari yang mereka rela untuk rugikan. Anda 100 kali lebih cenderung untuk rugi dari untung, jadi lebih baik anda jauhi ia untuk keselamatan wang dan kewarasan anda.


Penutup kalam tentang pelaburan
Melabur bukanlah semudah ABC, tetapi ia juga bukan seperti sains roket. Bila anda tahu pilihan-pilihan anda, anda boleh pilih apa yang lebih cocok dengan gaya hidup anda dan seterusnya menonton wang anda berkerja untuk anda. Betapa rumit pun pelaburan bila dilihat sekilas pandang, ia sebenarnya hanyalah perkara yang asas bagi mereka yang serius tentang kebajikan wang mereka. Bila anda serius tentang wang anda, anda akan mendapat jumlah wang yang serius — semuanya tentang sikap!












Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini