Trend - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Trend



Trend adalah arah pergerakan harga secara am bagi sesebuah aset di pasaran. Anda boleh lihat di mana-mana carta bahawa harga tidak pernah bergerak dalam garisan lurus, ia terdiri dari rentetan tinggi dan rendah.

Klasifikasi mengikut mengikut jenis

Ada tiga jenis trend:

* Uptrend (trend bullish) terdiri dari serangkaian titik tinggi yang lebih tinggi dan titik rendah yang lebih tinggi (harga sedang meningkat). Uptrend boleh dikatakan sedang berlaku jika terdapat garis sokongan yang jelas, yang menyambungkan sekurang-kurangnya dua titik rendah dan menampan penurunan harga. Penembusan ke bawah garis harga ini memberi isyarat penglemahan atau penyongsangan trend.



* Downtrend (trend bearish) diklasifikasikan sebagai rentetan titik rendah yang lebih rendah dan titik tinggi yang lebih rendah (harga sedang menurun). Downtread terjadi bila ada garis rintangan yang jelas, yang menyambungkan sekurang-kurangnya dua titik tinggi dan menampan kenaikan harga. Penembusan ke bawah garis harga ini memberi isyarat penglemahan atau penyongsangan trend.



* Trend mendatar (horizontal, rata) – tiada trend yang terbentuk jelas ke mana-mana arah.



Klasifikasi trend mengikut masa

Dari segi panjang tempoh, trend boleh dikelaskan seperti berikut:

* Jangka panjang (6 bulan – 2.5 tahun) – trend besar yang boleh dikesan di carta-carta mingguan atau bulanan. Ia terbentuk dari beberapa trend jangka sederhana dan jangka pendek, yang sering bergerak bertentangan dengan arah pergerakan trend besar.

* Jangka Sederhana (1 minggu – beberapa bulan) lebih baik dilihat di carta-carta harian dan H4.

* Jangka pendek (kurang dari seminggu) lebih baik dilihat di carta-carta jaman dan minitan.





Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini