Acara-acara kewangan paling penting untuk perdagangan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Acara-acara kewangan paling penting untuk perdagangan


Setiap pedagang tahu bahawa data ekonomi memberikan impak yang besar kepada pasaran Forex. Untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya, anda perlu mengikuti berita Forex dan indikator-indikator ekonomi. Dengan cara ini, anda akan sentiasa maklum dengan acara-acara terkini dan mempunyai bayangan tentang pergerakan matawang.

Semua siaran data ekonomi dihimpun dan disusun di dalam kalendar ekonomi. Ada pelbagai indikator-indikator ekonomi berbeza di situ, jadi jika anda seorang pedagang baru, biasanya anda tidak tahu yang mana harus dilihat dahulu. Jangan khuatir! Kami telah pilihkan acara-acara yang anda wajib ikuti untuk meramal tindak-tanduk pasangan matawang yang anda dagangkan.

Kami syorkan untuk bermula dengan mesyuarat bank-bank pusat. Mesyuarat adalah penting bukan hanya kerana bank-bank pusat mengumumkan kadar faedah, tetapi juga kerana ia memberitahu petunjuk-petunjuk tentang dasar monetari di masa akan datang.

Kenaikan kadar faedah dijangka dapat menaikkan harga matawang. Sebaliknya, penurunan kadar dilihat sebagai petanda bearish atau negatif. Jika sebuah bank pusat tidak mengubah kadar harga, ia boleh jadi bearish atau bullish bergantung kepada sentimen pasaran.

Sewaktu mesyuarat ini, bank pusat seringkali akan membentangkan wawasan tentang keadaan ekonomi semasa dan akan datang. Jika bank itu melihatnya sebagai memberansangkan, para pedagang akan menjangkakan kenaikan kadar di masa hadapan dan kesannya matawang akan menguat. Begitu juga sebaliknya, wawasan ekonomi yang lebih lemah, akan membuatkan para pedagang menjual matawang berkaitan. Kedua-dua kadar faedah dan wawasan ekonomi harus diambil kira.

Mari kita lihat satu contoh korelasi (hubung kait) antara mesyuarat suatu bank pusat dan pergerakan matawangnya.

Pada 10 Mei 2018, Bank Rizab New Zealand telah mengekalkan kadar faedahnya. Keputusan ini seharusnya tidak banyak memberikan kesan kepada matawangnya kerana pasaran sudah menjangkakan keputusan tersebut. Namun, ucapan dari bank pusat itu kedengaran dovish (lembut dan berhati-hati) – sasaran inflasi direndahkan dan wawasan inflasi semasa adalah negatif. Kesannya, dolar New Zealand jatuh teruk berbanding USD.



Mari kita beralih kepada indikator ekonomi.

KDNK. KDNK atau Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP, Gross Domestic Product) boleh dikatakan adalah indikator paling utama dalam mengukur kekuatan ekonomi suatu negara, dan ia juga ukuran paling umum keaktifan ekonomi. Sila maklum bahawa bagi kebanyakan ekonomi maju ada tiga versi siaran KDNK – awalan pertama (advanced), awal kedua (preliminary) dan akhir (final). KDNK pendahuluan paling kuat menggerakkan pasaran.
Sebarang peningkatan pada pertumbuhan GDP menjurus kepada peningkatan kadar tukaran suatu matawang. Begitu juga sebaliknya, jika data GDP lebih lemah dari yang dijangkakan, suatu matawang akan jatuh.

CPI. CPI atau indeks harga pengguna (consumer price index) melambangkan harga purata yang dibayar oleh pengguna untuk sebakul barangan dari pasaran. Kesannya, perubahan pada indeks ini menunjukkan suatu tempoh inflasi atau deflasi. Di samping itu, data ini menunjukkan seberapa efektif dasar ekonomi suatu kerajaan. Ada dua jenis CPI: CPI dan CPI Teras (tidak termasuk turun naik harga bahan api dan makanan) yang diterbitkan serentak. Para pedagang memberikan perhatian yang lebih kepada data CPI.

Seperti yang anda tahu, kadar faedah suatu bank pusat bergantung kepada pertumbuhan ekonomi dan inflasi. Itulah sebabnya mengapa bank-bank pusat memberikan perhatian kepada siaran CPI. Jika pertumbuhan CPI hampir dengan sasaran inflasi suatu negara atau lebih tinggi, suatu bank pusat itu cenderung untuk meningkatkan kadar faedahnya dan matawangnya akan meningkat juga. Jika sebaliknya berlaku, matawang itu akan merosot.

PMI. Alang-alang kita sudah membincangkan tentang KDNK, ada baiknya jika kita bincang tentang PMI. PMI atau Purchasing Manager Index (Indeks Pengurus Pembelian) adalah satu indikator yang mengukur kekuatan ekonomi sektor pembuatan. Matlamat indeks ini adalah untuk memberikan maklumat tentang keadaan semasa perniagaan kepada penganalisis, pengurus-pengurus pembelian, pembuat keputusan. Ia juga digunakan sebagai indikator utama pertumbuhan atau kemerosotan KDNK. Di samping itu, bank-bank pusat menggunakan data ini bila merumuskan dasar monetari.

Jika PMI bagi sesuatu negara jatuh, para pelabur boleh menjangkakan mood bank pusatnya akan dovish. Selanjutnya, mereka boleh merendahkan dedahan mereka di pasaran ekuiti di negara itu dan meningkatkannya di pasaran ekuiti negara lain yang mempunyai PMI yang meningkat.

NFP, NFP atau Non-Farm Payroll (Daftar Gaji Bukan Perladangan) adalah indikator ekonomi yang menunjukkan perubahan bilangan penggajian (jumlah pekerjaan yang terisi) di Amerika Syarikat bagi bulan yang baru berlalu, tetapi ia tidak memasukkan sekali industri perladangan. Indikator ini sangat penting kerana ia memberikan petunjuk kepada perbelanjaan pengguna yang membentuk majoriti aktiviti ekonomi secara keseluruhannya. NFP yang lebih tinggi mengisyaratkan pertumbuhan ekonomi yang lebih sihat dan teguh. NFP yang lebih rendah menunjukkan ekonomi yang lebih lemah. Kesannya, Dolar AS jatuh. Ia disiarkan pada Jumaat pertama suatu bulan dan mendorong gerakan besar di pasaran Forex kerana USD adalah sebahagian daripada banyak pasangan matawang yang popular.

Jika angka sebenar daftar gaji adalah seperti yang diramalkan, pergerakan USD akan bergantung kepada data tambahan seperti kadar pengangguran dan purata pendapatan per jam. Purata pendapatan per jam adalah ukuran inflasi dan mempunyai impak besar ke atas dasar bank pusat AS, jadi peranannya semakin penting.

Kami telah persembahkan kepada anda acara-acara paling penting yang akan memberikan anda banyak peluang untuk meningkatkan keuntungan anda. Ikuti acara-acara dalam kalendar ekonomi dan pergerakan pasaran, bina strategi perdagangan anda sendiri berdasarkan acara-acara tersebut dan buat lebih banyak wang!



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini