KENAPA PASARAN TIDAK ENDAHKAN PEMECATAN TRUMP? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

KENAPA PASARAN TIDAK ENDAHKAN PEMECATAN TRUMP?



Speaker Dewan Perwakilan As, Nancy Pelosi, secara rasminya telah menggesa inkuiri pemecatan terhadap President Trump dan mengumumkan: "Presiden ini harus dipertanggungjawabkan".
Kali ini desas-desus pemecatan muncul kerana satu aduan whistleblower.

Menurut aduan itu, Donald Trump telah menekan presiden Ukraine untuk melancarkan penyiasatan rasuah ke atas Hunter Biden yang memiliki perniagaan di Ukraine. Beliau adalah anak kepada Joe Biden, calon Demokrat dan pencabar terkuat Trump dalam pilihanraya 2020. Kononnya, Trump telah mengugut akan membekukan $400 juta bantuan ketenteraan untuk Ukraine jika Zelensky tidak memulakan penyiasatan.

Trump memberikan amaran kepada semua orang bahawa pasaran akan menjunam sekiranya beliau dipecat. Namun pasaran tampaknya tidak bersetuju kerana mereka endah tidak endah sahaja dengan berita ini. Mengapa? Kerana ia satu langkah politik, bukan ekonomi.

Selain itu, jika kita imbas kembali sejarah, pasaran tidak banyak terkesan sewaktu proses pemecatan Bill Clinton atau Nixon.
Kita tidak tahu bagaimana ini akan memberikan kesan terhadap pilihanraya 2020 tetapi pastinya akan ada lebih banyak ketidaktentuan sehingga masa tersebut. Fikirkan juga tentang masalah global yang lain seperti Brexit, perang dagangan antara China dan AS, protes Hong Kong, konflik di Timur Tengah dan kemelesetan ekonomi mulai dapat dirasakan.
Sekarang adalah masa yang baik untuk memerhati USD dengan rapat dan ambil kesempatan untuk beroleh dari ketidaktentuan matawang Amerika itu.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini