Ringgit teruskan aliran meningkat - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit teruskan aliran meningkat



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa urus niaga ditutup hari ini, dipacu peningkatan permintaan pelabur terhadap mata wang tempatan, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1850/1890 berbanding dolar AS berbanding 4.1860/1900 semasa ditutup pada Jumaat.

Beliau berkata, ringgit kekal kukuh selepas penyedia indeks FTSE Russell memutuskan untuk mengekalkan Malaysia dalam penanda aras Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI) bersama-sama dengan China.

Secara menyeluruh, ringgit diniagakan tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0256/0296 daripada 3.0292/0325 pada Jumaat, meningkat berbanding yen kepada 3.8757/8801 daripada 3.8774/8818, dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5704/5752 daripada 4.5732/5793.

Mata wang tempatan, bagaimanapun, menyusut berbanding pound Britain kepada 5.1496/1562 daripada 5.1433/1499 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini