Ringgit dibuka tinggi susulan peningkatan harga minyak - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi susulan peningkatan harga minyak



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal pagi ini berikutan peningkatan sentimen pasaran susulan harga minyak global yang tinggi.

Pada 9.22 pagi, unit tempatan berada pada 4.1790/1820 berbanding dolar AS daripada 4.1800/1840 pada paras penutup semalam.

Seorang peniaga berkata, harga minyak global meningkat susulan petanda kemajuan rundingan penyelesaian pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang seterusnya meningkatkan sentimen terhadap ringgit kerana ini memberi prospek positif kepada hasil minyak dan gas Malaysia.

“Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 0.2 peratus kepada AS$59.10 setong manakala niaga hadapan AS West Texas Intermediate (WTI) naik 0.3 peratus kepada AS$53.49 setong,” katanya.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali dolar Singapura di mana ia susut kepada 3.0719/0745 daripada 3.0713/0751 daripada paras penutup semalam.

Ringgit naik berbanding yen kepada 3.8442/8480 daripada 3.8493/8541, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4227/4270 daripada 5.4269/4333 dan menambah berbanding euro kepada 4.6621/6659 daripada 4.6678/6731.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini