Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan aktiviti pengambilan keuntungan dan sejajar dengan kebanyakan mata wang pasaran baru muncul yang lain, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.1930/1960 berbanding dolar AS daripada 4.1850/1890 ketika ditutup semalam.

Dolar AS meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lebih daripada dua tahun di hadapan pengumuman data sektor pembuatan (AS).

Sektor itu dijangka akan pulih dan merekodkan pertumbuhan dalam September selepas mengalami penguncupan pada bulan sebelumnya disebabkan perang perdagangan AS-China.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura untuk ditutup pada 3.0242/0272 daripada 3.0256/0296 semalam, ringgit menokok berbanding Yen kepada 3.8695/8733 daripada 3.8757/8801 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5670/5715 daripada 4.5704/5752.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu menyusut berbanding pound British kepada 5.1507/1560 daripada 5.1496/1562.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini