Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan minat belian dan sejajar dengan mata wang Asia yang lemah, disebabkan ketidaktentuan yang berterusan mengenai ketegangan perdagangan antara AS dan China, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.1910/1950 berbanding dolar AS daripada 4.1840/1870 semasa ditutup pada Jumaat lalu.

Peniaga berkata sentimen pasaran terjejas oleh laporan yang menyatakan China enggan bersetuju dengan perjanjian perdagangan yang luas dengan AS dalam rundingan yang ditetapkan untuk bermula pada Khamis.

Beliau, bagaimanapun, berkata harga minyak yang lebih baik telah mengekang ringgit daripada diniagakan terus rendah.

Pada masa ini, penanda aras harga minyak mentah Brent naik 0.26 peratus kepada AS$58.52 setong manakala harga minyak mentah AS WTI meningkat 0.40 peratus kepada AS$53.02 setong.

Ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0337/0374 daripada 3.0332/0363 pada Jumaat lepas, susut berbanding yen kepada 3.9238/9286 daripada 3.9194/9230 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.5988/5040 daripada 4.5928/5977.

Unit tempatan, bagaimanapun, mengukuh berbanding pound British kepada 5.1579/1636 daripada 5.1631/1680 sebelum ini. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini