Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini yang mengukuh susulan reaksi positif membabitkan rundingan perdagangan AS dan China.

Pada 6 petang, ringgit disebut pada 4.1860/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1840/1870 sewaktu ditutup pada Jumaat lalu.

Seorang penganalisis berkata, sentimen tempatan terbukti mendorong peningkatan ringgit pada awal dagangan namun faktor luaran telah mengukuhkan dolar AS dalam tempoh terbabit.

"Unit negara maju itu mendapat lonjakan kukuh susulan unjuran ekonomi yang positif selain faktor seperti rundingan dagangan yang berjalan lancar dan menyaksikan tindakan seperti keputusan Washington menghapuskan cukai baharu terhadap Beijing serta kesediaan Beijing membeli produk pertanian AS bernilai AS$40 bilion sehingga AS$ 50 bilion," katanya.

Menurutnya, ringgit juga susut selepas mendapat tempias kejatuhan harga minyak mentah Brent yang setakat 6 petang telah berkurangan 2.21 peratus kepada AS$59.17.

Dalam pada itu, ringgit juga rendah berbanding kelompok mata wang utama lainnya.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0557/0597 daripada 3.0438/0471 sewaktu ditutup pada Jumaat, rendah berbanding yen pada 3.8702/8746 daripada 3.8691/8729 dan turun berbanding euro kepada 4.6197/6258 daripada 4.6103/6153.

Ringgit bagaimanapun mengukuh sedikit berbanding pound Britain kepada 5.2259/2618 daripada 5.2292/2346, sebelum ini. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini