Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan dolar terus lemah berikutan unjuran mengenai satu lagi penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed AS).

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.1840/1870 berbanding dolar AS daripada 4.1860/1890 semasa ditutup semalam.

Seorang penganalisis berkata susulan pengumuman data perkhidmatan AS yang mengecewakan semalam, Fed AS dijangka menurunkan lagi kadar faedah pada bulan ini.

“Data itu menunjukkan aliran penurunan sektor pembuatan dan perkhidmatan ekonomi terbesar dunia itu, yang menimbulkan kebimbangan mengenai kemelesetan,” katanya.

Di peringkat tempatan, katanya pelabur menunggu pembentangan Belanjawan 2020 minggu depan, yang akan menjadi tumpuan utama.

“Belanjawan yang menyeluruh dirangka untuk menampan ekonomi tempatan daripada kelembapan ekonomi global yang dijangka meningkatkan lagi ringgit,” katanya.

Sementara itu, ringgit ditutup rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0332/0363 daripada 3.0287/0320 semalam dan susut berbanding yen kepada 3.9194/9230 daripada 3.9059/9102.

Unit tempatan berkurangan berbanding euro kepada 4.5928/5977 daripada 4.5820/5870 dan merosot berbanding pound British kepada 5.1631/1680 daripada 5.1408/1462.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini