Ringgit lebih rendah pada pembukaan



KUALA LUMPUR: Ringgit lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan hari ini berikutan kekurangan permintaan bagi mata wang tempatan di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati, kata peniaga.

Pada 9 pagi, nota tempatan berada pada 4.1920/1950 berbanding dolar AS daripada 4.1890/1920 penutup Selasa.

Peniaga itu berkata, berita berhubung Brexit menyongsang rali dolar ketika mana keyakinan yang pudar berhubung gencatan perdagangan AS-China merangsang pelabur membeli dolar AS.

"Kami menjangkakan dolar AS akan mendapatkan lebih banyak permintaan belian daripada pelabur berikutan keputusan Presiden Donald Trump untuk menangguhkan kenaikan tarif import ke atas import China, sehubungan itu ringgit yang lebih rendah dalam jangka pendek," katanya.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0547/0589 daripada 3.0559/0585 dan bertambah baik berbanding yen kepada 3.8568/8607 daripada 3.8680/8714.

Bagaimanapun, berbanding pound British ia susut kepada 5.3427/3474 daripada 5.2962/2020 dan merosot berbanding euro kepada 4.6229/6271 daripada 4.6129/6175. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini