Ringgit melonjak menjelang pembentangan Belanjawan 2020



KUALA LUMPUR: Ringgit kembali melonjak berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan minat belian dalam mata wang tempatan pulih menjelang pembentangan Belanjawan 2020 petang ini, kata peniaga.

Pada 9 pagi, nota tempatan berada pada 4.1840/1880 berbanding dolar AS daripada 4.1920/1960 penutup Khamis.

Pakar Strategi Pasaran Asia-Pasifik Axi, Stephen Innes, berkata peniaga amat menantikan pengumuman Belanjawan 2020 dengan kemungkinan konflik belanjawan berhemat dan pertumbuhan akan bertembung dengan mata wang tempatan dan pasaran modal.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali pound British.

Unit tempatan kukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8716/8760 daripada 3.9032/9080 ketika ditutup pada Khamis dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0429/0469 daripada 3.0450/0485.

Ringgit stabil berbanding euro kepada 4.6041/6102 daripada 4.6238/6286 semalam, tetapi turun berbanding pound British kepada 5.2020/2086 daripada 5.1373/1439. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini