Ringgit tidak berubah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit tidak berubah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dengan pelabur kekal di luar pasaran memantau perkembangan Brexit, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1860/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1860/1900 penutup Isnin.

"Britain dijadualkan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Oktober, dan sidang kemuncak EU yang bermula Khamis ini akan menjadi peluang terakhir bagi kedua-dua pihak untuk bersetuju dengan sebarang perjanjian sebelum tarikh akhir," kata peniaga.

Beliau berkata, harga minyak mentah yang lebih rendah, yang kini turun 0.34 peratus pada AS$59.15 satu tong, tidak memberi sokongan kepada mata wang tempatan.

Ringgit diniagakan bercampur-campur dengan sekumpulan mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding yen kepada 3.8623/8671 daripada 3.8702/8746 dan menokok berbanding euro kepada 4.6146/6203 daripada 4.6197/6258.

Berbanding dolar Singapura, ia susut kepada 3.0579/0620 daripada 3.0557/0597 dan merosot kepada 5.2756/2828 daripada 5.2259 / 2618 berbanding pound Britain.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini