Ringgit tinggi disokong jangkaan Fed turunkan kadar faedah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit tinggi disokong jangkaan Fed turunkan kadar faedah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan peningkatan sentimen terhadap unit tempatan itu susulan jangkaan peserta pasaran bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan lagi kadar faedahnya tidak lama lagi.

Pada jam 9.02 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1820/1850 berbanding dolar AS daripada 4.1860/1890 sewaktu ditutup, semalam.

Seorang peniaga berkata, prospek Fed akan menurunkan lagi kadar faedah itu adalah ketara susulan data pengeluaran dan penggajian negara itu yang lebih lemah daripada jangkaan awal.

“Ini hanya mencetuskan sentimen yang menjangkakan Fed akan menurunkan lagi kadar itu pada mesyuarat akan datang akhir bulan ini dalam usaha meningkatkan kadar pertumbuhan negara ini. Faktor ini dijangka memberi sokongan kepada mata wang Asia,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0318/0350 daripada 3.0287/0320 sewaktu ditutup semalam dan susut berbanding yen kepada 3.9135/9174 daripada 3.9059/9102.

Ringgit juga susut berbanding euro kepada 4.5910/5947 daripada 4.5820/5870 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.1635/1689 daripada 5.1408/146.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini