Ringgit cecah paras bawah RM4.00 sedolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit cecah paras bawah RM4.00 sedolar




KUALA LUMPUR: Ringgit melepasi paras RM4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari pertama dagangan 2021.

Ini adalah kali pertama ringgit berada pada paras sedemikian sejak Jun 2018.

Ringgit berada pada RM3.995 berbanding dolar AS pada 10.30 pagi tadi, berbanding penutup Khamis lalu pada 4.0200/0250.

Mata wang tempatan mengakhiri sesi dagangan 2020 pada RM4.0203 berbanding satu dolar AS, mengukuh 1.73 peratus berbanding RM4.0910, paras penutup hari terakhir dagangan 2019.

Malah, ringgit juga mengukuh 9.46 peratus berbanding RM4.44, paras rendah sejak 2017 yang dicatatkan pada Mac 2020 berikutan ketidaktentuan dicetuskan COVID-19.

Penganalisis berkata, persekitaran kadar faedah rendah di AS yang dijangka sehingga 2023 akan mendorong aliran masuk asing ke dalam pasaran tempatan, sekali gus menyokong ringgit untuk terus stabil dengan berpotensi mengukuh ke paras RM3.90 sedolar pada 2021.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini