Cara baru untuk buat duit – kenali Program Rakaniaga FBS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Cara baru untuk buat duit – kenali Program Rakaniaga FBS


Orang ramai sering mencari sumber pendapatan tambahan. Hari ini kami ingin perkenalkan anda kepada satu cara baru untuk membuat wang secara mudah dengan broker Forex tanpa perlu menjadi seorang pedagang. Kunci untuk mencapai kejayaan adalah dengan menjadi rakaniaga Affiliate.

Apakah itu Rakaniaga Affiliate?

Rakaniaga Affiliate adalah cara yang amat bagus sekali untuk membuat wang. Syarikat dan individu yang aktif boleh meraih pulangan lumayan dengan mudah dan pantas. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mempromosikan produk atau servis rakan kerjasama anda (sebuah syarikat lain) untuk mendapatkan komisen.

Anda boleh tarik pelanggan baik secara online mahu pun offline, bergantung kepada program yang dipilih. Bila suatu tindakan dilakukan oleh pelanggan — anda dibayar. Ada pelbagai jenis tindakan — ia termasuklah pembelian, pendaftaran, pendaftaran kehadiran di seminar, deposit, pemasangan perisian atau lain-lain bentuk konversi. Lebih banyak tindakan sasaran yang dilakukan — lebih banyak bayaran yang anda akan dapat.


Program Rakaniaga FBS

FBS menawarkan dua jenis program rakaniaga yang boleh memberikan anda manfaat dari Forex — program Introducing Broker dan program Affiliate. Setiap program telah digubah khusus untuk memenuhi keperluan calon-calon rakaniaga dari latar belakang yang berbeza.

Setiap program memberikan rakaniaga akses kepada koleksi besar bahan-bahan promosi. Pengurus peribadi juga disediakan untuk melayani semua pertanyaan anda 24/7.

Affiliate FBS

Program Affiliate FBS sangat cocok untuk pakar-pakar online seperti webmaster, SEO, PPC, dan pakar-pakar trafik online yang lain. Kerjasama rakaniaga ini membantu anda menjana aliran masuk pendapatan dari trafik web dan aplikasi peranti mudah alih. Ia tersedia untuk semua produk FBS, seperti FBS — Mobile Personal Area, CopyTrade FBS, FBS Trader, dsb.

Bergantung kepada kehendak, keperluan, dan situasi anda, anda boleh pilih dari dua model — Perkongsian Perolehan atau CPA.

Tidak kira program mana pun yang anda pilih, anda akan dapat menggunakan analisis trafik yang terperinci untuk mengoptimumkan kualiti prospek (leads), meningkatkan pendapatan anda, dan mengeluarkan keuntungan yang mantap.

Perkongsian Perolehan

Dengan model Perkongsian Perolehan FBS, rakaniaga boleh menerima sehingga 70% dari perolehan broker yang dihasilkan dari pelanggan yang anda rujuk kepada kami.

Model rebat berasaskan peratusan ini dikira dari pendapatan syarikat yang datang dari spread. Spread adalah perbezaan pada posisi perdagangan — jurang antara penjualan dan pembelian dalam suatu niaga hadapan matawang. Membeli matawang lebih mahal dari menjualnya — lebih ramai pedagang yang berdagang di pasaran, lebih banyak keuntungan dari spread yang broker dapat. Justeru itu, webmaster akan mendapat lebih banyak rebat.


Peratusan pembayaran bergantung kepada bilangan pelanggan yang ditarik dalam satu-satu bulan. Lebih banyak pelanggan yang anda rujuk berdagang — lebih banyak yang anda dapat!

Contoh Perkongsian Perolehan Affiliate FBS

Dengan menarik 100 orang pelanggan dari Indonesia, anda boleh meraih $6393 atau lebih dalam sebulan. Purata komisen dari pelanggan Indonesia dalam tempoh 3 bulan ialah $267. 70% dari amaun ini bersamaan dengan $189. Jadi anda mampu meraih amaun yang disebutkan tadi dengan mudah.

CPA

Model kerjasama CPA (Cost Per Action) bertunjangkan prinsip bayaran tetap untuk tindakan sasaran yang dilakukan secara online. Dengan FBS, anda boleh dapat sehingga $16 bagi setiap CPA pelanggan anda.

Rebat yang anda terima boleh berbeza-beza: bagi tawaran Mobile bayaran bergantung kepada negara dan jenis peranti (iOS/Android), manakala bagi tawaran Web ia hanya bergantung kepada negara sahaja.


Sebagai contoh, bayaran adalah $15 bagi setiap lead. Ini bermakna anda boleh meraih sebanyak $1,000 per minggu dengan menarik hanya 66 orang pengguna. Apa diperlukan hanyalah perlakuan tindakan sasaran oleh pengguna anda. Bila pengguna mendaftar di sistem FBS dan mengesahkan dokumen yang diperlukan untuk mula berdagang, anda dapat $15.

FBS sudah bersedia untuk menerima trafik yang bertalu-talu. Justeru, tiada had batasan untuk amaun bayaran.

Introducing Broker (IB) FBS
Program IB FBS untuk perwakilan tempatan, pakar-pakar Forex, untuk kenalan peribadi dan aktiviti tempatan.

Sekali lagi, lebih banyak pelanggan yang anda bawa — lebih banyak anda boleh raih bersama FBS, tetapi kali ini syaratnya berbeza. Dengan program IB rakaniaga menerima komisen sehingga $80 bagi setiap lot yang didagangkan oleh pelanggan. Rakaniaga menerima bayaran mereka secara harian.


Untuk menerima komisen, pelanggan anda perlu mendaftar di FBS menerusi pautan unik anda dan kemudian berdagang. Model kerjasama ini tersedia untuk pelanggan web dengan akaun MT4 atau MT5 dan untuk pengguna FBS — Mobile Personal Area sahaja.

Untuk mendapat lebih dengan model ini, anda boleh nikmati rakaniaga tiga-peringkat. Dalam kes ini, anda boleh tarik rakaniaga lain untuk membawa pelanggan ke FBS dan dapat pendapatan yang lebih tinggi lagi. Komisen-komisen bagi semua peringkat dijelaskan dengan terperinci di laman web Rakaniaga FBS.

Jika perlu, FBS boleh menyediakan bahan-bahan promosi yang unik untuk aktiviti offline di atas permintaan.

Sertai keluarga rakaniaga FBS, tingkatkan keuntungan anda, dan capai kejayaan kewangan yang lebih tinggi. FBS menyediakan semua peluang untuk rakaniaga untuk membolehkannya tercapai dengan mudah dan pantas.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini