Gambar dan Video : Malam yang Sukar untuk Dilupakan: Ulang Tahun Ke-7 Gala XM di Kuala Lumpur - 16 November 2019 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Gambar dan Video : Malam yang Sukar untuk Dilupakan: Ulang Tahun Ke-7 Gala XM di Kuala Lumpur - 16 November 2019


Pada 16 November 2019 yang lalu, XM telah menganjurkan gala perdana tahunannya di ibu negara Malaysia sempena meraikan tujuh tahun berturut-turut kejayaan kewujudan perniagaan di Malaysia.

Bagi memperingati ulang tahun ke-7 bersama pelanggan yang kami hormati sambutan berlangsung dalam suasana penuh keharmonian di Shangri-La Kuala Lumpur merupakan kunci kepada acara ini. Sambutan gala ini dibawakan untuk berhubung semula denga para pelanggan kami, berkongsi momen yang sukar untuk dilupakan dan yang paling penting, menyatakan penghargaan kami atas kesetiaan tidak berbelah bagi mereka kepada XM.

Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan tetamu kami dan memenuhi harapan mereka untuk makan malam kelas tinggi sepenuhnya. Acara perdana ini menampilkan makan malam mewah dan pelbagai hiburan yang semuanya dihidangkan kepada semua hadirin yang dihormati.

Hubungan yang telah lama terjalin dengan pelanggan kami selama ini adalah tidak ternilai dan meraikan peristiwa penting seperti ini dalam kebersamaan yang penuh kemesraan merupakan antara salah satu faktor menjadikan malam ini sangat sukar untuk dilupakan.

Untuk mengekalkan keseronokan ini, di samping makan malam mewah dan persembahan secara langsung yang menjanjikan kemeriahan suasana di Shangri-La Hotel, kami juga menjalankan undian cabutan bertuah yang menarik semasa makan malam gala sedang berlangsung dengan menawarkan hadiah bernilai lebih daripada $100,000.

Kami ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada 15 pemenang bertuah sekali lagi dan hadiah yang telah dimenangi boleh dilihat di bawah.

Pemenang Cabutan Bertuah



Bagi pihak XM, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga dan melahirkan rasa syukur kepada semua tetamu acara kami di mana kami telah berpeluang untuk bertemu dengan mereka pada ulang tahun gala kami.















































































































































































































































































































































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini