Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding mata wang dolar AS hari ini selepas pelabur beralih kepada dolar AS sebagai aset lindung nilai ekoran keraguan yang tercetus daripada perkembangan rundingan dagangan AS-China, kata peniaga.

Pada jam 9.05 pm, ringgit didagangkan kepada 4.1590/1630 berbanding paras penutup Isnin 4.1540/1570.

Pakar Strategi Pasaran Asia Pasifik, Axi Trader Stephen Innes berkata cakap-cakap pasaran terbaharu daripada China mencadangkan Beijing bersikap ‘kurang yakin’ terhadap rundingan dagangan dengan Presiden AS, Donald Trump yang dilaporkan tidak berminat dengan sebarang halangan tarif dagangan.

“Kelihatannya Beijing sangat terganggu kerana memikirkan kedua-dua pihak sudah setuju untuk melaksanakannya secara prinsip. Dengan ketegangan yang berterusan daripada kekeliruan rundingan menyebabkan timbul keraguan sekiranya mereka benar-benar sependapat dalam isu ini.

“Kepercayaan kekal sebagai masalah daripada kedua-dua pihak, bahkan tidak dijelaskan bagaimana jurang kepercayaan ini dapat didekatkan terutama China sudah bertegas supaya tarif tambahan tidak dikenakan sebagai syarat awal mencapai rundingan,” katanya dalam satu nota.

Susulan perkembangan terbaharu daripada rundingan dagangan itu, harga minyak turut menjunam kembali dengan penanda aras Brent didagangkan 0.3 peratus lebih lemah kepada AS$62.27 setong.

Ringgit turut didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia lebih lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0549/0583 daripada paras 3.0531/0557 semalam dan jatuh berbanding yen kepada 3.8328/8376 daripada 3.8192/8230.

Mata wang tempatan bagaimanapun didagangkan lebih baik dengan pound British kepada 5.3842/3898 berbanding 5.3844/3891 namun lebih rendah berbanding euro kepada 4.6011/6064 daripada 4.5943/5993 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini