Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kebimbangan berhubung pulangan bon AS.

Pada 9.10 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1380/1420 berbanding dolar AS daripada 4.1421/1450 Isnin.

Ahli Strategi Pasaran Axi Trader Asia-Pasifik, Stephen Innes, berkata berikutan keyakinan tinggi ke atas kadar AS, dolar AS berhadapan risiko akibat ledakan dalam hasil bon US yang terlalu jauh berbanding realiti ekonomi sebenar.

"Sehubungan itu, ia boleh menurunkan kadarnya yang seterusnya meningkatkan semula ekuiti global yang lemah. Kitaran ini boleh menjejaskan dolar US dan meningkatkan sentimen ke atas emas,” katanya.

Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Nota tempatan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0418/0449 daripada 3.0425/0451 pada penutupan Isnin dan meningkat berbanding yen kepada 3.7901/7944 daripada 3.8008/8045.

Ia lemah berbanding pound Britain kepada 5.3211/3287 daripada 5.3023/3077 namun mengukuh berbanding euro kepada 4.5650/5703 daripada 4.5679/5728.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini