Apakah itu PMI dan mengapa ia penting? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Apakah itu PMI dan mengapa ia penting?


MEMERIKSA EKONOMI: APA KHABAR KESIHATANMU?

Analisis fundamental

Purchasing Managers’ Index (PMI, Indeks Pengurus Perolehan) ialah indikator yang mengukur kesihatan (kemantapan) ekonomi sektor pembuatan. Bila pelabur mencari petunjuk tentang kemantapan ekonomi dan bank-bank pusat merancang formula dasar monetari, PMI amat penting sekali.

Kelebihan utama indeks ini ialah ia diumumkan lebih awal dari data-data rasmi yang lain. PMI membolehkan kita berdagang dengannya dengan serta-merta dan meramalkan keputusan laporan-laporan di masa hadapan. Semak tarikh-tarikh pengumuman PMI yang paling utama.

Purchasing Managers’ Index (PMI, Melayu: Indeks Pengurus Perolehan) adalah suatu indikator yang mengukur kemantapan ekonomi sektor pembuatan. Matlamat indeks ini adalah untuk memberikan maklumat tentang iklim perniagaan semasa kepada penganalisis syarikat, pengurus perolehan, pembuat keputusan.Ia berasaskan kepada 5 indikator utama seperti tahap inventori, pengeluaran, penghantaran pembekal, pesanan baru dan keadaan sumber manusia.

Bagaimanakah maklumat ini diperolehi?

Ada dua pengeluar utama PMI. Ia adalah Institut Pengurusan Bekalan (Institute for Supply Management) yang mengeluarkan statistik untuk Amerika Syarikat dan Markit Group yang melakukannya untuk 30 negara di seluruh dunia. Mereka mengadakan soal selidik bulanan, menghantarkan soalan-soalan kepada pegawai perolehan di hampir 300 syarikat. Pengurus perolehan kemudian menjawab soalan-soalan mengenai pelbagai unsur dalam kaji selidik tersebut dengan ukuran seperti "meningkat", "tiada perubahan", "merosot".Ada formula khas yang memberikan pemberat kepada setiap unsur dan kemudian mendarabkannya dengan 1.0 untuk peningkatan, 0.5 untuk tiada perubahan, dan 0 untuk kemerosotan. Keputusan akhir yang memberikan angka lebih dari 50.0 menandakan industri sedang berkembang, manakala angka yang lebih kecil menandakan pengecutan.

Pro dan Kontra tentang PMI

Pro

Ia diterbitkan secara bulanan dan untuk bulan semasa (atau hanya beberapa hari selepas bulan tersebut berlalu).

Ia memberikan ramalan yang bagus untuk data masa hadapan, seperti KDNK dan laporan rasmi pihak berkuasa untuk pengeluaran pembuatan.

Laporan menunjukkan perubahan mata berbanding data silam.

Sistem ukuran yang sama diguna pakai untuk semua negara, ia membantu membandingkan data dari setiap negara.

Kontra

Data yang diberikan subjektif.

Di Amerika Syarikat laporan peringkat wilayah diumum lebih awal dan berkorelasi tinggi, dan itu memadam keterujaan terhadap pengumuman ini.

Mengapakah ia begitu penting?

Mungkin ada yang beranggapan bahawa indeks ini tidak penting kerana ia hanyalah berasaskan kepada soal selidik yang menanyakan pendapat para pengurus. Namun, ia salah satu indikator paling penting untuk para pelabur yang mencari petunjuk tentang pertumbuhan ekonomi. Mereka menggunakan ukuran ini sebagai indikator awal pertumbuhan atau pengecutan KDNK. Apa yang lebih penting ialah bank-bank pusat menggunakan data ini bila merumuskan dasar monetari.Bukan sahaja keseluruhan data PMI, tetapi komponen-komponen individunya sekali pun boleh digunakan di pelbagai pasaran. Sebagai contoh, pasaran bond memerhatikan pertumbuhan pada penghantaran pembekal dan harga yang dibayar kerana angka ini memberikan maklumat tentang inflasi.Indeks ini penting bukan sahaja untuk sektor pembuatan tetapi juga untuk seluruh ekonomi kerana pembuatan adalah komponen terpenting suatu ekonomi.Jadi jika PMI untuk suatu negara itu jatuh, para pelabur akan mempertimbangkan dedahan (exposure) mereka di pasaran ekuiti negara tersebut dan meningkatkan pelaburan mereka di pasaran ekuiti negara lain yang mempunyai bacaan PMI yang meningkat.

Zon Euro mengumumkan data PMI awalan untuk pembuatan dan perkhidmatan sekitar minggu ke-3 suatu bulan. Indikator-indikator ini diterbitkan oleh Perancis, Jerman, dan kesatuan matawang itu sendiri dan biasanya memberikan impak besar kepada euro. Kemudian, pada hari pertama bulan seterusnya, Markit menerbitkan bacaan muktamad PMI Eropah. Namun, pada kali ini kadar tukaran euro tidak sebegitu mudah dipengaruhi.Di Amerika, PMI pembuatan ISM diumumkan pada hari berkerja pertama selepas suatu bulan berakhir. Untuk perkhidmatan, PMI bukan pembuatan ISM terbit pada hari berkerja ketiga selepas suatu bulan berakhir.Bacaan PMI UK diumumkan pada hari pertama setiap bulan untuk bulan sebelumnya. Ia sentiasa diumum dalam urutan yang sama: pembuatan, pembinaan, perkhidmatan. Industri perkhidmatan memainkan peranan yang lebih penting di ekonomi UK berbanding di ekonomi EU dan AS, sebab itulah PMI perkhidmatan dianggap lebih penting di UK.Manakala untuk China, ada dua jenis PMI: PMI pembuatan Caixin dan PMI pembuatan rasmi. PMI pembuatan Caixin diumum pada hari berkerja pertama selepas suatu bulan itu berakhir. Data PMI pembuatan keluar pada hari terakhir bulan semasa. PMI pembuatan rasmi cenderung memberikan lebih impak bila diumumkan lebih awal dari PMI Pembuatan Caixin kerana laporan-laporan ini sangat terkorelasi. Data ini memberikan kesan bukan hanya kepada para pedagang yang mendagangkan CNY, tetapi NZD dan AUD juga.

Kesimpulan

Walaupun PMI adalah indikator yang diukur berdasarkan soal selidik, ia salah satu dari indeks utama yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi dan membantu para pedagang serta pelabur membuat unjuran. Kelebihan utama indeks ini adalah ia diumum lebih awal dari data-data rasmi yang lain. Selain dari itu, bisnes boleh bertindak balas lebih pantas terhadap keadaan pasaran, dan pengurus perolehan mereka mempunyai maklumat yang paling terkini dan relevan tentang ekonomi.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini