Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan aliran keluar pelabur asing yang dicatatkan minggu lalu, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1380/1420 berbanding dolar AS daripada 4.1310/1360 Jumaat.

Penganalisis MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata pelabur asing menarik keluar kira-kira RM193.1 juta daripada Bursa Malaysia pada Jumaat, aliran keluar bersih asing terbesar dalam tempoh lebih sebulan.

"Sentimen diseret oleh laporan bahawa beberapa pegawai Rumah Putih menentang pengurangan tarif (ke atas China) untuk menjayakan perjanjian perdagangan peringkat awal," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Nota tempatan juga didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0415/0449 daripada 3.0377/0418 penutup JUmaat dan lemah berbanding yen kepada 3.7925/7972 daripada 3.7774/7830.

Ia merosot berbanding pound British kepada 5.2942/2997 daripada 5.2906/2986 tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.5588/5649 daripada 4.5594/5666.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini