Ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, mengesan kelemahan yuan selepas Presiden Donald Trump memeterai undang-undang Akta Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong, ketika mana peniaga tempatan terus memantau perkembangan rundingan perdagangan AS-China.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada harga 4.1710/1760 berbanding dolar AS daripada 4.1700/1740 Rabu.

Ketua Strategi Pasaran Asia di AxiTrader, Stephen Innes, berkata langkah Trump mencetuskan mod risiko di pasaran memandangkan pelabur terasa gelisah atas halangan perdagangan yang berpotensi.

"Bagaimanapun, banyak tumpuan hari ini adalah berkaitan aliran ekuiti dan tajuk utama perdagangan," katanya dalam nota hari ini.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan lebih lemah berbanding mata wang utama lain, kecuali yen.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0528/0575 daripada 3.0520/0561 Rabu dan susut berbanding pound kepada 5.3906/3975 daripada 5.3626/3694.

Berbanding yen, unit tempatan menokok sedikit kepada 3.8133/8182 daripada 3.8190/8237 penutup Rabu. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini