Ringgit dibuka tinggi di awal dagangan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi di awal dagangan



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semalam susulan permintaan lemah bagi mata wang AS itu walaupun sentimen optimistik berlegar rundingan dagangan AS-CHina.

Pada jam 9.05 pagi ringgit didagangkan pada 4.1490/1540 berbanding mata wang AS iaitu 4.1515/1545 pada Jumaat lalu.

Pakar Strategi Pasaran Axi Trader Asia-Pacific, Stephen Innes berkata ringgit seperti mata wang Asia lain akan memerhati rapat perkembangan yuan China yang terdedah secara langsung dengan dolar AS ekoran ketegangan dalam pertikaian dagangan kedua-dua negara.

Media melaporkan, China secara diam-diam mempelbagaikan rizabnya untuk mengurangkan kebergantungan kepada rizab mata wang terbesar dunia itu dan menguruskan risikonya dengan mempelbagaikan rizab tukaran asingnya kepada mata wang lain termasuk kemungkinan menggunakan yen Jepun, pound British dan euro.

Namun secara keseluruhannya ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0487/0528 berbanding 3.0468/0501 pada Jumaat, namun didagangkan lebih baik berbanding yen kepada 3.8127/8184 daripada 3.8186/8217.

Ia lebih rendah berbanding pound British kepada 5.3593/3661 daripada 5.3430/3473 dan menurun berbanding euro kepada 4.5871/5931 berbanding 4.5725/5762.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini