Ringgit ditutup lebih tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit hari ini mengakhiri urus niaga minggu ini pada paras lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), ditengah-tengah pengukuhan aktiviti pembuatan pada Oktober, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.1640/1670 berbanding dolar AS daripada 4.1775/1795 semasa ditutup pada Khamis.

Penyedia maklumat kritikal, analisis dan penyelesaian yang berpangkalan di Amerika Syarikat, IHS Markit Ltd melaporkan bahawa kecenderungan kadar asas dalam sektor pembuatan Malaysia meningkat pada permulaan suku keempat, dengan keseluruhan indeks mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh enam bulan.

Menurutnya, keseluruhan Indeks Pengurus Pembelian (PMI), petunjuk satu angka komposit bagi prestasi pembuatan, meningkat kepada 49.3 pada Oktober daripada 47.9 pada September, paras tertinggi untuk tempoh enam bulan dan memulihkan semula keseluruhannya seiring dengan purata tertinggi yang dicatatkan sebelum ini.

Ketua Ahli Perniagaan Ekonomi IHS, Markit Chris Williamson, berkata tanda-tanda sektor pembuatan kembali pulih mula kelihatan pada Oktober, membayangkan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi akan meningkat pada suku keempat.

Sementara itu, nota tempatan diniagakan tinggi hari ini berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0649/0683 daripada 3.0670/0689 pada Khamis dan bertambah baik berbanding yen kepada 3.8538/8569 daripada 3.8570/8599.

Ia juga meningkat berbanding pound British kepada 5.3915/3963 daripada 5.4044/4087 dan bertambah baik berbanding euro kepada 4.6420/6470 daripada 4.6629/6668.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini