Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum meningkatnya untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk enam hari dagangan berturut-turut hari ini, turut menjadikannya paras tertinggi baharu dalam tempoh tiga bulan, didorong oleh perkembangan positif ekonomi tempatan dan global, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.1290/1320 berbanding dolar AS daripada 4.1500/1540 semasa ditutup pada Isnin.

Peniaga berkata, keputusan oleh mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia hari ini untuk mengekalkan kadar faedah pada 3.0 peratus seperti yang dijangka, diterima baik oleh unit tempatan.

Mesyuarat MPC itu adalah yang terakhir bagi tahun ini dan mesyuarat akan datang dijadualkan pada 21-22 Januari 2020.

Pada mesyuarat ketiga pada 7 Mei lalu, jawatankuasa itu menurunkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus.

Di peringkat global, peniaga berkata pelabur optimis rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China akan dilanjutkan lagi, berikutan berita China mahu Presiden AS, Donald Trump menghapuskan lebih banyak tarif yang dikenakan pada September.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0443/0476 daripada 3.0571/0612 pada Isnin dan naik berbanding yen kepada 3.7929/7960 daripada 3.8288/8335.

Ia meningkat berbanding pound British kepada 5.3248/3290 daripada 5.3614/3678 dan menokok berbanding euro kepada 4.5952/5989 daripada 4.6326/6388.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini