Ringgit mengukuh


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas Presiden Donald Trump berkata rundingan dengan China "berada pada tahap akhir".

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada harga 4.1700/1750 berbanding dolar AS daripada 4.1720 / 1750 Khamis.

Peniaga berkata, kenyataan Trump memberi harapan di pasaran bahawa dua gergasi ekonomi itu dapat memuktamadkan rundingan mereka tidak lama lagi, walaupun Trump memeterai Akta Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong baru-baru ini.

Pada pembukaan, unit tempatan didagangkan lebih kukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0525/0573 daripada 3.0537/0579 pada Khamis, mengukuh berbanding euro kepada 4.5912/5971 daripada 4.5942/5992 dan menokok berbanding pound kepada 5.3831/3899 daripada 5.3965/4020.

Berbanding yen, ringgit turut mengukuh kepada 3.8075/8131 daripada 3.8125/8156 Khamis.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini