Ringgit merosot


KUALA LUMPUR: Ringgit terus dibuka rendah hari ini berikutan sentimen berhati-hati menjelang penerbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga negara esok.

Pada 9.25 pagi, ringgit disebut pada harga 4.1550/1590 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.1520/1550 penutup Rabu.

Peniaga berkata, pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat selepas berita bahawa KDNK suku ketiga dijangka menyederhana di tengah-tengah statistik yang menunjukkan permintaan dan bekalan dalam negeri yang lebih perlahan.

"Harapan ini menyusuli Indeks Harga Pengeluar (PPI) September lebih lemah yang membangkitkan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

Nota tempatan juga didagangkan lemah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0482/0523 daripada 3.0464/0498 penutup Rabu dan menyusut nilainya berbanding yen kepada 3.8179/8226 daripada 3.8123/815.

Ia merosot berbanding pound British kepada 5.3379/3435 daripada 5.3357/3413 dan merosot berbanding euro kepada 4.5726/5774 daripada 4.5726/5776. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini