Brexit Akan Berlaku, Tiada Lagi Keraguan... Tetapi Bagaimana Masa Depan Britain?


Brexit akan tiba dan ia kini pasti. Laluan kini sudah kelihatan jelas bila Parti Konservatif memenangi majoriti di Parlimen yang membolehkan mereka meneruskan rancangan mereka.
Dengan terhapusnya ketidaktentuan seputar Brexit, pound British menguat hampir serta-merta, mencecah paras tertinggi melawab USD sejak Mei 2018.

Kekusutan selama tiga tahun akhirnya terlerai dan Boris Johnson kini boleh bersedia untuk terus melangkah ke hadapan dengan agenda beliau memastikan «Brexit terlaksana»‎.

Melihat dari sudut yang lain pula, Great Britain akan menyedari bahawa peristiwa ini sebenarnya hanya satu hal yang kecil sahaja. Ada banyak cabaran besar yang menanti negara ini. Pertama sekali, mereka perlu memulakan rundingan pusingan berikutnya dengan EU berkenaan masa depan perdagangan mereka.

Kedua, pemerintah perlu menangani suara-suara yang semakin lantang menuntut referendum kemerdekaan di Scotland kerana mereka mahu kekal bersama Eropah. Akhir sekalu, ekonomi UK jelas sekali bukan di dalam keadaan yang terbaik, dan para pembuat dasar selama ini terlalu sibuk dengan Brexit sehingga telah mengabaikannya.

Sungguh begitu, buat masa ini Boris Johnson boleh meraikan kemenangan beliau dalam pertaruhan beraninya. GBP cenderung untuk terus menerima sokongan dengan jangkaan beliau akan berjaya melaksanakan Brexit pada tahun 2020.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini